Dalam 21 Jam, Muzik Video BTS DNA Ditonton 20 Juta Kali. Ada Apa?

7

Muzik Video “DNA” dari BTS telah ditonton sebanyak 20 juta kali dalam tempoh masa kurang dari 21 jam di YouTube. Ini adalah rekod terpantas bagi sebuah muzik video K-Pop dalam meraih angka tersebut.

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh videoklip dari Blackpink, “As If It’s Your Last” yang meraih angka 20 juta views dalam masa 47 jam.

Sementara itu, ketika berita ini ditulis, videoklip yang dikeluarkan pada 18 September itu telah ditonton lebih dari 35 juta kali.

Anda dah tonton? Apa pandangan anda dengan muzik video terbaru ini?

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry