Setiap orang tentu memiliki cerita di balik setiap kejayaan yang dikecapinya. Salah seorangnya adalah apa yang pernah dialami oleh aktor kacak Keanu Reeves.

Dikenali sebagai salah satu aktor berbakat yang paling popular, Keanu ternyata punya sejarah masa lalu yang sangat kelam dan tragis. Di sebalik pesona ketampanannya, aktor berusia 53 tahun ini menyimpan banyak rahsia yang sama sekali tidak dijangka sebelumnya.

Keluarga Tak Sempurna

Sepertimana ramai yang sudah tahu, Keanu selalu menjalani kehidupan yang sangat sederhana. Walaupun dia merupakan artis sebaris dengan bintang-bintang kelas atas artis Hollywood, namun dia tidak memiliki istana mewah seperti selebriti lain.

Yang jelas masa lalu Keanu tak seindah yang dijangka. Sejak kecil, bintang KNOCK KNOCK ini sudah menjalani kehidupan yang menyedihkan. Pada usianya masih 3 tahun, ayah kandung Keanu dilaporkan telah meninggalkan rumah dan tak pernah kembali.

Difahamkan dia sampai harus pindah sekolah sebanyak 4 kali ketika berada di sekolah menengah.

Menderita Disleksia

Dibesarkan dalam keluarga yang kurang sempurna, Keanu ketika anak kecil juga menderita disleksia, ia adalah gangguan yang terjadi pada proses pembelajaran menulis dan juga membaca. Gara-gara hal itu, pendidikan Keanu di sekolah jadi terganggu. Difahamkan dia sampai harus pindah sekolah sebanyak 4 kali ketika berada di sekolah menengah. Artikel ini ditulis berdasarkan laporan dari media luar negara lalu diterjemah ke murai.my sahaja secara eksklusif, jika anda membacanya dari portal lain bermaksud artikel ini telah di plagiat oleh portal yang mahu mengaut keuntungan.

Keanu akhirnya bertemu dengan pujaan hatinya yang bernama Jennifer Syme. Menjalin kehidupan percintaan yang romantis, ternyata bukanlah berakhir dengan bahagia. Jennifer yang ketika itu sedang hamil 8 bulan harus menerima kenyataan pahit selepas bayi dalam kandungannya telah meninggal. Menguburkan sendiri jenazah bayinya, rumah tangga mereka pun akhirnya kandas beberapa minggu kemudian.

IKLAN
Keanu kehilangan Jennifer yang dilaporkan maut kerana kemalangan kereta pada tahun 2001 silam

Kehilangan Anak & Isteri

Lebih parah, 18 bulan setelah bercerai Keanu kehilangan Jennifer yang dilaporkan maut kerana kemalangan kereta pada tahun 2001 silam. Padahal sehari sebelum tragedi maut itu, mereka sempat bertemu dan makan tengahari bersama.

Menjalani begitu banyak kisah tragis dalam hidupnya langsung tidak membuatkan Keanu tumpas dalam kesedihan. Ia berjaya membuktikan jika dirinya tetap mampu meneruskan hidup dan terus berkarya di dunia lakonan dan filem.

Derma 70% Wang

Kejayaan besar selepas filem MATRIX, Keanu sekali lagi memperlihatkan bukti nyata jika dirinya benar-benars angat inspiratif. Dipercayai dia telah mendermakan 70% wang dari filem tersebut untuk sebuah hospital khusus yang merawat pesakit leukimia.

Sebenarnya apa dilakukan Keanu kerana adiknya yang bernama Kim Reeves juga seorang penderita leukimia. Tak ada yang menyangka jika di balik pesona dan kejayaannya, ternyata Keanu adalah seseorang yang sangat inspiratif yang punya cerita hidup teramat tragis bukan?

Sumber Snopes

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry