Teka-teki mengenai hadiah pemberian Fattah kepada Fazura akhirnya terjawab apabila aktor Coffee Prince itu membuat kejutan kepada Fazura dengan memberinya 500 kuntum bunga mawar pada hari kelahirannya.

Sebelum ini, Fazura telah menghadiahkan Fattah 50 kuntum bunga mawar dan semalam, Fattah membalasnya dengan 500 kuntum bunga mawar berwarna merah jambu dan putih pula.

Reaksi Fazura juga dilihat seperti terkejut kerana beliau menyangka hadiah tersebut adalah pemberian dari ibunya. Ini bukanlah kali pertama Fattah membuat kejutan kepada Fazura kerana sebelum ini pun beliau pernah memberi bunga kepadanya ketika di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2017.

Fazura juga akui beliau selesa berkawan dengan Fattah dan hanya jejaka itu sahaja yang berani mendekatinya.

Agaknya selepas ini apakah akan ada lagi kejutan dari pasangan yang digelar sebagai Fattzura ini? Kami di Hangat mendoakan yang terbaik untuk kalian berdua! .

IKLAN

Gambar Kaki foto

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry