Tahniah kami ucapkan buat pelakon kacak, Hafidz Roshdi dan isteri yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung mata mereka.

Berita gembira ini telah dikongsi oleh Hafidz melalui laman instagram  dengan memuat naik gambar sijil kelahiran anaknya.

Alhamdulillah,
Humairah Binti Muhammad Hafidz.
Humairah ( Gelaran isteri Nabi Aisyah R.A )
Maksud putih kemerah – merahan .
Ig @Humairah.Hafidz

Di dalam gambar tersebut, Hafidz turut berkongsi instagram anaknya. Boleh dikatakan kebanyakan selebriti turut membuat akaun peribadi instagram anak-anak mereka.

IKLAN

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 di kediaman isterinya yang terletak di Perlis. Sekali lagi tahniah kami ucapkan buat Hafidz! Pasti comel Humairah bila besar nanti

Sumber : Instagram Hafidz Roshdi

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry