Tahniah diucapkan buat Datuk Seri Aliff Syukri yang telah mendapat darjah kebesaran dari Sultan Pahang sempena Hari Keputeraan Baginda baru-baru ini yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tidak mendabik dada dengan pangkat tersebut, Datuk Seri Aliff menyifatkan kegembiraan bukan kerana mendapat pangkat tersebut sebaliknyaadalah kejayaannya bangkit dari hidup susah sekeluarga suatu ketika dahulu.

Melalui Instagram nya, Datuk Seri Aliff telah berkongsi pengalaman hidup nya yang susah pada peminatnya dan turut menghargai jasa bapanya yang telah bersusah payah menyara hidup mereka sekeluarga dahulu.

Dalam video tersebut juga, Datuk Seri Aliff telah memakaikan selempang serta darjah kebesaran yang dimiliki pada bapanya yang tercinta.

View this post on Instagram

berdiri ditapak kaki sendiri ni lebih bermakna sbb kita rasa betapa susahnya nak berjaya ..lagi-lagi budak tak pandai sekolah mcm saya .. . . bak kata abah saya..tak sangka anak abah tak pandai sekolah boleh smpai ketahap ini.. hanya Allah shja tahu betapa gembiranya kami…bukan gembira sbb dapat darjat tapi gembira keluar de kepompong kesusahan….keseronokan ini sy kongsikan dgn abah kandung saya Kamarzaman yg bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 24tahun.. .. . . abah dulu selalu dtg melawat dan temankan saya niaga di pasar tani ..walaupun dia x membantu dr segi wang ringgit tapi kasih sayang dia dah cukup buat saya bahgia sbb sia pun susah….dulu bila niaga di pasar saya punya azam yg cukup tinggi nak berjaya….kalau ada RM 10 saya hanya akan belanja RM1…begitulah saya mengajar diri untuk menyimpan duit jauh sekali nak mebazir beli barang berjenama ..dah niaga lama baru nak merasa smua ni sbb tu saya jakun skit😝😝…saya jadi anak lelaki nak abah saya hidup senang dan selesa berbanding dahulu yg hanya duduk rumah flat 2bilik sek 20shah alam block 19 adik beradik 7org sebalah abah ..mak bapak saya bercerai.. . . syukur segalanya berubah ..sekrang saya mampu balas kepenatan abah sy dan belikan kereta honda accord dan rumah teres coner lot (nak belikan banglow dia tak nak) dan kasi duit setiap bulan dan berehat sahaja dirumah..sy tak suka dia dikerja keras mcm dulu2 sampai ketua sbb nak besarkan kami adik beradik…dia dulu sanggup pinjam duit org dan along semata2 nak belikan saya basikal…..sekarang saya hanya nak buat yg terbaik sebagai anak untuk memberi kebahagiaan kepada abah jauh sekali nak menunjuk..sy harap abah dan mak saya tahu aliff syukri bukan budak bodoh sekolah tapi saya ada penyakit deleksia punya semangat yg besar… anton (nama manja saya masa kecik) syg mak abah sampai syurga❤️❤️❤️

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

IKLAN

Beliau juga turut berkongsi berita gembira tersebut dengan menghadiahkan bapanya sebuah kereta Honda Civic dan juga sebuah rumah teres.

Rata-rata netizen memuji sikap Datuk Seri Aliff yang sentiasa merendah diri dan terharu akan reaksi beliau pada bapanya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry