“filem xxray3 adalah projek peribadi dan berisiko tinggi. mereka yang terpilih atas dasar percayakan perjuangan saya.amat kecewa bila pelakon menjadikan projek ini sebagai satu ‘perniagaan’ dan kemudian membuat ugutan”

Begitulah luahan perasaan kecewa pengarah terkenal, Aziz M. Osman apabila beliau mendakwa terdapat pelakon yang seolah-olah mempergunakan filem terbaru beliau.

Tambah Aziz melalui akaun instagram nya, pelakon berkenaan juga cuba mengugut beliau. Sehingga kini Hangat masih tiada bayangan mengenai siapakah pelakon yang diperkatakan kerana hanya nama Izzue Islam sahaja yang disahkan sebagai pelakon utama filem XX Ray 3.

Kami di Hangat percaya pelakon yang dimaksudkan bukanlah Izzue kerana beliau merupakan artis yang tidak bermasalah dan mempunyai prestasi yang baik dalam industri hiburan.

Filem XX Ray 3 adalah naskhah terbaru Aziz M. Osman dimana beliau mengambil masa hampir 20 tahun untuk menulis sekual filem fiksyen sains ini. Kasihan beliau, kerana sedikit sebanyak ianya telah merosakkan imej perfileman negara.

IKLAN

Sumber Instagram Aziz M.Osman 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry