Sebelum ini kami telah menulis mengenai sebuah sidang media yang telah diadakan oleh DBI Technology Sdn Bhd. Dalam perkongsian tersebut juga, peguam beliau mendakwa Boy Iman sedia memberi keterangan kepada pihak polis bagi menjelaskan perkara sebenar.

Polis Tahan Boy Iman Bersama Dua Suspek

Menurut Harian Metro, setakat ini pihak polis menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources. Ekoran itu, polis telah menahan Boy Iman bersama dua lagi suspek utama. Adakah tangkapan tersebut punca Boy Iman tidak hadir pada sidang media semalam?

Kereta Mewah, Telefon Bimbit Dan Sijil Kedoktoran Boy Iman Dirampas 

Tambah pihak polis yang diwakili oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya turut menahan dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources masing-masing berusia 29 dan 45 tahun yang juga suspek utama kes dimana ketiga – tiga mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah yang diperolehinya dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

IKLAN

Pihak polis turut meminta orang ramai supaya berhati-hati tidak termakan hasutan pelbagai sindiket penipuan yang semakin bijak beroperasi.