Agak lama menunggu jawapan, akhirnya penyebab kematian Hugh Hefner pun didedahkan. Seperti yang dilaporkan oleh NY Daily News, pengasas majalah Playboy ini meninggal dunia kerana serangan jantung dan jangkitan kuman dalam darah.

Laporan yang dibuat oleh The Los Angeles County Department of Public Health, Hefner meninggal kerana bakteri e-coli (Escherichia Coli) yang secara agresif menyerang tubuhnya. Gara-gara hal itu, ia mengalami gangguan pernafasan hingga jantung tidak dapat berfungsi.

Sijil kematian Hugh Hefner © dailymail.co.uk

Hal itu dinyatakan jelas dalam sijil kematian Hefner yang dibuat pada tanggal 3 Oktober semalam. Semuanya tertera dalam ruangan ’cause of death’ yang menyatakan adanya serangan jantung, gagal pernafasan, kuman dalam darah atau septikemia, dan e-coli.

Sebelum hasil pemeriksaan ini keluar, Hefner dilaporkan meninggal dunia kerana usianya yang sudah tua. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di The Playboy Mansion dan dikelilingi keluarga terdekatnya.

Sumber NY Daily News

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry