Di Luar Jangkaan! Peminat Kecewa Dengan Datuk Seri Vida

15

Pelancaran Muzik video lagu I Am Me yang diadakan di pusat beli-belah di ibu kota menarik perhatian ramai. Orang ramai dikejutkan dengan kehadiran Datuk Seri Vida memandu kereta mewah Lamborgini warna merah jambu dengan baju tidur.

DSV sendiri akui impiannya untuk melancarkan lagu itu tercapai seperti yang dirancang sejak bulan lalu. Untuk pengetahuan semua, pengarah muzik video lagu ini ialah seorang pengarah popular iaitu Ghaz Abu Bakar. Menurut laporan Harian Metro, Ghaz sendiri sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Para peminat DSV pun tak sabar untuk melihat hasilnya kerana terlalu banyak teaser telah dikeluarkan di laman sosial sehinggakan ramai netizen menjangkakan sesuatu yang hebat. Berikut antara reaksi penonton yang sehingga artikel ini ditulis, ia sudah mendapat tontonan 15k kurang dari 24 jam.

Kurang Menyengat

Tetapi malangnya, ramalan mereka meleset selepas melihat video penuh tersebut. Rata-rata netizen merasakan  cara video ini dilaksanakan dan dirakam tidak berbaloi. Salah seorang menyuarakan pendapat, pemilihan pengarah video juga hendak menepati citarasa pendengar dari seluruh dunia.

Sudah Basi

Ada juga komen yang mendakwa video ini terlalu lama untuk disimpan sehinggakan fenomena lagu I Am Me semakin pudar. Selain itu, netizen ini juga kecewa kerana tiada tarian khusus menyerikan video ini supaya nampak lebih menarik.

Tetap Terhibur

Apa-apapun bagi murai.my, video ini cukup menghiburkan. ‘Less is More’, simple jer dengan perwatakkan DSV yang sangat lucu. Pada masa sama, Vida mengumumkan akan melelong berlian, cincin dan beg tangan yang digunakan dalam muzik video itu.

IKLAN

Video Kos Tinggi

Muzik video yang menjalani penggambaran di rumahnya itu mencecah RM1 juta membabitkan kos pembikinan, kostum dan barang kemas.

Kos pembikinan mencecah RM180,000, pakaian dan prop RM80,000, prop tambahan RM30,000, cincin berlian RM300,000 dan beberapa barangan kemas lain bernilai ratusan ribu.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry