Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Kali Keempat, Aishah Mengaku Berkahwin Lagi

by Khai Azfar
October 11, 2017
Share on Facebook

Penangan Gegar Vaganza 2017 yang akan bermula tidak lama lagi, segala perkhabaran terkini mengenai peserta – peserta ini dirungkaikan oleh para media. Tidak terkecuali, penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah.

Perkahwinan Keempat

Sebelum ini, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 52 dikatakan sudah tiga kali gagal dalam rumah tangga nya. Namun, itu bukanlah penghalang buat Aishah untuk terus mencari cinta sejatinya kerana pada tahun ini Aishah sekali mendirikan rumah tangga buat kali keempat.

“Ya, benar saya sudah kembali berumah tangga dan cukup setakat itu sahaja saya dedahkan”

Menurut sumber Mstar Online, Aishah mengakui sudah kembali berumah tangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya iaitu pada 2011. Beliau telah melangsungkan perkahwinan keempat nya pada tahun ini namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Sudah 30 Tahun Asyik Menyanyi Janji Manismu

Aishah ketika ditemui sewaktu sidang media Gegar Vaganza, beliau menganggap peluang berada di Gegar Vaganza akan digunakan sebaiknya untuk membuat ‘comeback’. Beliau juga tidak pernah memikirkan soal statusnya yang dianggap sebagai peminat sebagai seorang penyanyi professional. Malah tambah Aishah, beliau ingin mencabar dirinya untuk menyanyikan lagu penyanyi lain kerana selama ini beliau hanya membawa lagu popularnya sahaja.

Jangan Campur Aduk Politik Dan Nyanyian Saya

Menurut Aishah juga, beliau berharap netizen tidak mencampur-adukkan penglibatannya dalam politik sebelum ini dengan pertandingan ini kerana tujuan utamanya adalah ingin memberikan fokus sepenuhnya dalam Gegar Vaganza. Tambah Aishah, beliau sudah bersedia dengan segala komen negatif yang bakal diterima kerana itu merupakan lumrah dalam sesebuah pertandingan.

Selain Aishah, 11 lagi penyanyi yang turut bertanding ialah Liza Hanim, Elyana, Syura, Haida dan Raja Azura. Manakala peserta lelaki pula Aqasha, Hazami, Ferhad, Tia (Jinbara), Lan (Kristal) dan Firman dari Indonesia.

Gegar Vaganza 4 bakal bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil Kuala Lumpur bermula 29 Oktober ini.

aishahgegar vaganza
https://lomp.at/6hjri
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem