Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

5 Fakta Peserta Gegar Vaganza 2017 Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

by Khai Azfar
October 14, 2017
Share on Facebook

Baru – baru ini telah diumumkan senarai peserta Gegar Vaganza 2017 dimana tahun ini konsepnya adalah Nusantara. Gegar Vaganza musim keempat ini menampilkan Aishah, Aqasha , Elyana, Ferhad, Firman (Indonesia), Haida Hafiz, Hazami, Lan Kristal, Liza Hanim, Raja Azura, Syura dan Tia Jinbara. Di sebalik ‘Demam GV’ yang bakal melanda tidak lama lagi, ini adalah 5 fakta mengenai peserta Gegar Vaganza yang mungkin anda tidak tahu.

1. Haida Hafiz Adalah Penyanyi Duet Senario

YouTube video

Masih ingat lagu Zapin Usik Mengusik dendangan kumpulan Senario? Lagu tersebut adalah duet kumpulan pelawak tersebut dengan Haida Hafiz sedekad yang lalu.

Kini Haida yang berusia 36 tahun tampil kembali memeriahkan pentas Gegar Vaganza

2. Dua Sahabat Baik Masuk Ke Gegar Vaganza

Gegar Vaganza musim yang lalu, menyaksikan Intan Sarafina menduduki kedudukan keempat dalam peringkat akhir Gegar Vaganza. Sebelum ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Duhai Malam itu telah menjadi juara bagi sebuah segmen radio bersama – sama Elyana.

Kini, dalam musim yang keempat, Elyana pula bakal bertanding bersama 11 orang peserta lagi. Adakah Elyana juga bakal ke pusingan akhir? Sama – sama kita nantikan!

3. Dahulu Lagu, Kini Penyanyinya Pula

Jika sebelum ini, kita sering kali mendengar lagu – lagu hits 90-an seperti Janji Manismu, Siapa Sangka Siapa Menduga dan Nazam Berkasih  menjadi pilihan penyanyi lain untuk bawakan lagu ini di pentas mereka.

Musim kali ini menyaksikan penyanyi sebenar lagu tersebut iaitu Aishah, Liza Hanim dan Syura menjadi peserta Gegar Vaganza 4.

4. Raja Azura Pernah Bergelar Penyanyi

Nama Raja Azura sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Manakan tidak, jika dahulu wajahnya pasti menghiasi kaca televisyen anda dengan rancangan yang dikendalikannya.

Namun, buat anda yang tertanya mengapakah beliau tersenarai sebagai peserta Gegar Vaganza kali ini, beliau dahulunya pernah bergelar penyanyi. Sebelum mencipta nama sebagai seorang pelakon, pengacara dan deejay radio, Raja Azura atau lebih mesra disapa sebagai Kak Engku pada mula nya telah mencipta nama sebagai seorang penyanyi dan turut mempunyai sebuah album bertajuk ‘Raja Azura’

5. Juri Tetap Masih ‘Tetap’

Buat anda yang tertanya siapakah juri tetap musim kali ini, adakah masih Dato Ramli MS atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram dan Datuk Khadijah Ibrahim? Ya, namun hanya Tok Ram sahaja yang disahkan mengisi tempat sebagai juri. Siapakah seorang lagi juri tetap? Adakah masih Datuk Khadijah Ibrahim?

Konsert mingguan GV4 ini bakal disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, mulai 29 Oktober sejurus tamatnya Konsert Akhir Akademi Fantasia Megastar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
gegar vaganzagegar vaganza 2017
https://lomp.at/9gu12
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem