Minggu ini sahaja, banyak pula kisah mengenai pemilik Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd, Nur Sajat Kamaruzaman. Bermula dari kisah darah kotor sehinggalah kisah peribadinya, ada sahaja yang menjadi perhatian netizen.

Dapat Hadiah Dari Kekasih Hati

Rasanya kisah perhubungan mereka tidak boleh disangkal lagi. Sajat kini dikatakan sedang berkawan rapat dengan seorang jurulatih kecergasan yang dikenali sebagai Coach Yin. Terkini, Coach Yin telah memberi Sajat sebuah telefon bimbit model iPhone 8 yang harganya mencecah RM4000.

IKLAN

“Thank you sayang..”

Menurut Coach Yin menerusi Instagram beliau, hadiah tersebut diberi kepada Sajat kerana hasil tunjuk ajar dan bantuan usahawan tersebut dalam membantu beliau menaikkan perniagaan kesihatannya yang kini sudah dikenali ramai. Sajat juga kelihatan sangat gembira dengan pemberian teman tapi mesra nya itu.

https://www.instagram.com/p/BaOJcOunpps/?taken-by=coach_yin

Sajat Bakal Bertunang? 

Terdahulu, menerusi siaran langsung Instagram Sajat, Coach Yin sempat bergurau dengan mengatakan mereka kini sedang menuju ke sebuah tempat bagi mencari cincin. Adakah cincin tersebut untuk pertunangan mereka? Kami di murai.my percaya mungkin itu gurauan semata – mata dan mungkin cincin yang dimaksudkan mereka adalah telefon bimbit tersebut.Beruntung Sajat!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry