Tuesday, December 5, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Tumpang Gembira Siti Nurhaliza Hamil

by Khai Azfar
October 14, 2017
Share on Facebook

Teka- teki ‘kehilangan’ penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza terjawab apabila semalam sidang media mengenai diri beliau telah diadakan

Siti Umum Kehamilan

Dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan Intagram Siti Nurhaliza, penyanyi yang berusia 38 tahun ini mengumumkan khabar gembira apabila beliau kini hamil empat bulan sekali gus memperakui khabar angin dari netizen mengenai kehamilannya itu.

YouTube video

Terdahulu, Siti dilaporkan mengalami keguguran pada hujung 2015 ketika usia kandungannya dua bulan.

Jalani rawatan kesuburan

Walaupun sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga, Siti dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau lebih mesra disapa sebagai Datuk K tidak pernah berputus asa bagi mendapatkan zuriat.

“SEPANJANG 11 tahun… kami bukannya tak berusaha. Orang kata, kami ni banyak duit, kenapa tak usaha… kenapa tak buat sesuatu tapi orang tak tahu. Selepas dua tahun perkahwinan lagi kami dah usaha macam-macam dah. Tak kan itu semua kita nak beritahu,”

Ujar Datuk K yang berkongsi berita gembira tersebut kepada media semalam. Menurut Siti, beliau berjaya hamil setelah melakukan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan swasta. Malah, Siti juga akan berkongsi pengalaman untuk mereka yang berusaha dapatkan zuriat.

Siti Perlahankan Karier Seni

Demi menjaga kehamilan Siti kali ini, Datuk K turut bercerita mengenai proses penjagaan kesihatan isterinya.

“Semasa trimester pertama kehamilan, Siti banyak berehat dan berkurung di dalam rumah.Proses kehamilan akibat rawatan berkenaan memerlukan dia banyak berehat dan menjaga kesihatan agar masalah keguguran seperti sebelum ini tidak berlaku.
Malah, Siti terpaksa diangkat setiap kali mahu naik atau turun dari tingkat atas rumah kami”

Demi menjaga kehamilan beliau, menurut Siti beliau terpaksa memperlahankan semua karier seni nya bagi menumpukan perhatian atas kehamilan dan kesihatan dirinya.

Khabar gembira ini bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga mereka, malah jutaan ucapan tahniah turut diterima Siti sehingga menjadi ‘trending’ di media sosial. Tahniah Tok Ti dan Datuk K! Semoga segala urusan dan kesihatan penyanyi kesayangan ramai ini dipermudahkan segalanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER datuk kdatuk siti nurhaliza
Share1Tweet1SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Nabila Razali Menyanyi Di Majlis Konvokesyen Raih Perhatian Ramai-“Inai Masih Merah Sis!”

  2. 2

    Mimi Lana Buka Mulut Hubungan Dengan Syafiq Kyle Dan Menjelaskan Video Tular Makan Bersama

  3. 3

    [VIDEO] Pipi Siti Saleha Dicium Seorang Jejaka Undang Perhatian Peminat

  4. 4

    Pencinta MotoGP Wajib Tahu! Tissot Perkenalkan T-Race MotoGP 2023 Edisi Terhad

  5. 5

    [VIDEO] Dipuji Netizen, Qasidah Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tiada Tandingan Dengan Penyanyi Sekarang!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes