Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Betty Rahmad Nikah Tahun Depan, Wang hantaran Paling ‘win’

by Zaidin Albert
October 16, 2017
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Mulai rapat sejak 4 tahun yang lalu dan kini merancang untuk berkahwin, namun tempoh singkat itu sudah cukup untuk meyakinkan adik bongsu kepada Erma Fatima dan Umie Aida ini untuk memilih jejaka tersebut sebagai bakal pasangan hidup.

Pasangan yang melangsungkan pertunangan di kediaman keluarga mereka itu merancang untuk melangsungkan pernikahan pada Januari depan.

Betty Rahmad, 35 dan Ardy Damis, 30 melangsungkan majlis pertunangan mereka dengan diserikan kehadiran tetamu istimewa yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat.

Lebih menariknya, ketika sesi berbincang bersama kedua-dua belah pihak keluarga, Erma memutuskan untuk meminta hanya sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran untuk dijadikan hantaran pernikahan Betty dan Damis.

“Saya rasa cukuplah, itu sahaja permintaan kami iaitu mas kahwin sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran yang sudah dikatamkan sendiri oleh Damis,” Kata Erma

https://murai.my/wp-content/uploads/2017/10/WhatsApp-Video-2017-10-15-at-9.49.15-PM-1.mp4

Alhamdulillah. Sikap sebegini seharusnya dicontohi oleh para wanita yang ingin berkahwin kelak. Bukan ingin memuji lebih-lebih, namun sangat jarang untuk menemui wanita yang hanya mahukan senaskhah Al-Quran dan cincin pernikahan sahaja sebagai barang hantaran perkahwinan. Kagum murai.my dengan Betty.

Perkahwinan bukan kena berhabis ketika majlis sahaja. Tempoh yang harus ditempuhi selepas pernikahan itu lebih penting. Apa pun, semoga segalanya berjalan lancar buat Betty dan Damis.

Pada majlis pertunangan itu, teman artis seperti Nora Danish, Bella Daly, Sherry Ibrahim  dan Putri Najuwa turut hadir.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Nora Danish & Rayqal Buat 'Trend Velocity', Curi Perhatian Netizen!
Bella Dalybetty rahmadnora danishPutri NajuwaSherry Ibrahim
https://lomp.at/pdsi9
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem