Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Suami Ezlynn, Adam Fahmi Bengang Dituduh Merompak

by Khai Azfar
October 17, 2017
Share on Facebook

Baru-baru ini, murai.my ada menyiarkan kisah dan gambar rumah Ezlynn yang mendakwa telah dirompak oleh suaminya. Gambar tersebut juga telah tular di media sosial dan rata-rata komen dari peminat turut bersimpati dengan beliau.

Salah Ke Saya Masuk Rumah Sendiri?

Selepas tersebarnya berita tersebut suami Ezlynn, Adam Fahmi Shamsudin menolak dakwaaan tersebut dan turut menghubungi pihak polis bagi menjelaskan perkara sebenar. Tambah Adam, beliau hanya masuk dan mengambil barang miliknya sahaja tanpa menyentuh barangan peribadi milik penyanyi tersebut.

“Rumah tersebut masih rumah saya dan dia juga masih isteri saya. Kes perceraian kami masih dalam perbicaraan dan sekarang dia mahu tuduh saya macam-macam? Kalau salah, saya sudah berada dalam penjara sekarang. Saya tidak menyentuh barang-barang peribadi kepunyaannya dan hanya mengambil barang-barang saya sendiri yang sudah diletakkan di dalam kotak olehnya”

Menurut Adam juga beliau mendakwa tuduhan Ezlynn mengenai beliau cuba memburukkannya adalah tidak benar sama sekali. Malah beliau turut cuba menghubungi Ezlynn namun beliau enggan berbincang.

Bakal Bercerai

“Suami tak guna .. kawan tak guna ,manager tak guna.. menyesal aku kenal kau Seumur hidup aku.. hutang tak mau bayar asik bercuti je.. kerja tak mau..”

Pada April yang lalu, pasangan ini telah memfailkan permohonan cerai namun akan diputuskan oleh mahkamah pada 23 Oktober ini. Adam dan Ezlynn mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber Utusan Online

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Adam Fahmy Shamsudin dan EzlynnEzlynn
https://lomp.at/uy7hz
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem