Thursday, February 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

OLABOLA: Tiara Jacquelina Dapat Tajaan Dari Bank Terkemuka

by Zaidin Albert
October 17, 2017
Share on Facebook

Enfiniti hari ini juga mengumumkan peneraju bank rantau ASEAN, CIMB, sebagai penaja utama Muzikal OlaBola. Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Kumpulan CIMB, Mohamed Adam Wee Abdullah berkata,

“Kami amat berbesar hati menganjurkan persembahan Muzikal OlaBola.

Ini adalah penceritaan Malaysia yang sebenar. Kepelbagaian masyarakat digambarkan dengan indah apabila semangat mereka bersatu untuk menuju kepada matlamat yang sama.

Kepelbagaian ini juga nilai yang kami terajui, dan ia adalah salah satu kunci kekuatan yang telah memacu CIMB menjadi peneraju bank rantau ASEAN.

Kami memuji usaha Enfiniti dalam mengangkat nilai-nilai murni yang penuh inspirasi lagi menyentuh hati ini – serta memupuk mesej perpaduan, terutamanya kepada golongan belia Malaysia – melalui kesenian.”

Dalam kenyataan lain, Tiara Jacquelina, pengasas Kumpulan Enfiniti dan Pengarah Muzikal OlaBola meluahkan rasa berysukur di atas kejayaan ini,

“Hari ini, kami ingin menunjukkan penghargaan di atas penyertaan CIMB dalam Muzikal OlaBola. Ini adalah contoh hebat bagaimana sektor swasta telah tampil dan membantu jadikan impian kami tercapai iaitu untuk membawa seni persembahan Malaysia ke tahap lebih tinggi, sekaligus melangkaui batasan dan mencipta tanda aras baharu bukan saja di negara ini tapi moga-moga di rantau ASEAN juga.

Barisan Pelakon Hebat

Awal bulan lalu, Enfiniti telah mengumumkan Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Brian Chan, Abimanyu Masilamani, Kai Chalmers dan penyanyi rap Altimet sebagai barisan utama muzikal ini; dan mereka telah pun tampil membuat persembahan secara langsung single radio pertama Muzikal OlaBola bertajuk “Luar Biasa” di pentas rancangan realiti popular Astro Ria, Akademi Fantasia Megastar pada 8 Oktober lalu.

Turut menyertai barisan bintang-bintang ini adalah Iedil Putra sebagai Rahman dan Melissa Ong sebagai Chow Mei Ling. Juga termasuk pelakon dan penari Emma Toh dan pemenang Miss World Malaysia 2015, Brynn Zalina Lovett, serta kumpulan tarian jalanan yang banyak memenangi anugerah, Giller Battle Crew yang terdiri daripada tiga beradik yang berasal dari Sabah – Khenobu, Weskarnain dan “Juicy” Mohd Yasin serta penari-penari hip hop terkenal Budak Joget, yang diketuai oleh Pembantu Jurureka Tari Muzikal OlaBola, Fuzz Wayne.

Pelakon Iedil Putra yang berkecimpung dalam dunia lakonan sejak 2011, telah memegang watak utama di dalam pelbagai filem popular seperti Ngorat, Terbaik dari Langit dan Interchange. Dengan pengalaman selama dua dekad dalam bidang seni persembahan, pelakon yang dilatih oleh Tunas Budaya ini telah mengembangkan sayapnya dalam industri hiburan baik di depan atau di belakang tabir. Beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan sketsa komedi yang banyak memenangi anugerah, Projek Disko Baldi. Bakat Iedil lebih terserlah ketika membawa watak Sukardi dalam pementasan Muzikal P.Ramlee Musim ke-3.

Melissa Ong merupakan seorang penghibur dan personaliti TV. Mula dikenali sebagai hos rancangan TV Tong Tong’s Wonderland di Astro XTY. Beliau yang bermula sebagai penari balet seawal umur 3 tahun, dan mengembangkan bakatnya ke genre tarian lain seperti tarian moden dan tradisional, tarian Latin, hip hop, tarian gelek, tarian jazz dan tarian broadway. Melissa juga telah berjaya bergelar penyanyi apabila beliau muncul dengan EP single bersama kugiran wanita Previous.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Datin Tiara JacquelinaMohamed Adam Wee AbdullahOla BolaTiara Jacquelina
Share2Tweet1SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?
Hollywood

Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?

by Phic ARMAN
February 2, 2023
‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?
Lokal

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

by Zaidin Albert
February 2, 2023
Zizan Razak Buat Hawa Rizwana Tak Kering Gusi Di Set Penggambaran?
Selebriti

Zizan Razak Buat Hawa Rizwana Tak Kering Gusi Di Set Penggambaran?

by Mas Ayu
January 31, 2023
Video Ikhlas Jalil Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Buat Netizen Berharap?
Selebriti

Video Ikhlas Jalil Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Buat Netizen Berharap?

by Mas Ayu
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan