Pada hemat kami, mungkin anda sudah bosan dengan berita sensasi mengenai  selebriti yang  kerap kali kami tampilkan di murai.my. Namun, tidak salah jika kami kongsikan segala berita terkini mengenai mereka bukan?

Sajat Pernah Berlakon?

Kali ini sekali lagi kami tampilkan cerita mengenai Nur Sajat Kamaruzaman atau lebih mesra disapa sebagai Sajat. Terkini mengenai pengasas Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd ini, tular di media sosial mengenai sebuah video yang diperkatakan oleh netizen. Dimana dalam video tersebut telah terlihat watak maknyah yang dipercayai netizen dipegang oleh Sajat suatu ketika dahulu di dalam sebuah filem yang bertajuk Ophilia. 

Jadi Pondan

Babak filem Ophilia yang berdurasi lebih dari 2 minit itu telah dikongsi oleh lebih dari 13 ribu pengguna di Twitter. Ophiia pernah ditayangkan pada tahun 2014 menampilkan pelakon terkenal seperti Que Haidar dan Pekin Ibrahim.

Video yang telah dikongsi netizen tersebut turut mempersoalkan mengapa Sajat menerima watak maknyah walaupun sebelum ini Sajat pernah mengaku bahawa beliau adalah khunsa(dua jantina).

IKLAN

Adakah benar watak tersebut adalah watak Maknyah atau sebaliknya? Jika Ya, kami di murai.my tidak menolak kemungkinan bahawa Sajat telah mencuba memegang pelbagai watak untuk berlakon.

Sebelum ini, Sajat turut mengaku bahawa gambar beliau yang kelihatan sedang mengandung adalah watak yang dipegangnya bagi menjayakan sebuah iklan pendek suatu ketika dahulu. Siapa sangka Sajat ini sebenarnya berbakat besar rupanya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry