Selepas satu per satu gosip liar yang terpalit pada finalis Akademi Fantasia Megastar, Shahir Zawawi atau lebih mesra disapa sebagai Shahir membuat keputusan yang mengejutkan ramai pihak.

Insyaallah Saya Sendiri Akan Tarik Diri Dari Pentas Akhir AF Megastar

Ya, benar itulah kenyataan yang keluar dari Shahir sendiri di Instagram nya semalam. Beberapa hari yang lalu, nama Shahir hangat diperkatakan sedang bermain cinta dengan seorang pramugari yang dikenali sebagai Mona Syamimi.

Namun lebih mengejutkan, Mimi telah memberi kenyataan bahawa hubungan mereka lebih kepada kawan rapat sekali gus menafikan kenyataan Shahir yang mendakwa Mona Syamimi adalah peminatnya. Tinjaun kami di murai.my ke Instagram Shahir juga mendapati kini beliau telah menetapkan akaun tersebut secara peribadi (private)

Astro Beri Jaminan Shahir Bakal Beraksi

Dek kerana status nya itu, para peminat merayu agar Shahir mempedulikan gosip – gosip liar serta meneruskan sahaja pertandingan itu yang tinggal berbaki dua hari sahaja lagi. Malah menerusi sumber dari Mstar pula, pihak Astro dan pengurusannya juga terkejut dengan keputusan itu namun mereka memberi jaminan bahawa Shahir seorang yang professional dan mampu bertanding di pentas akhir AF Megastar.

IKLAN

Apa pun sama-sama kita lihat adakah Shahir masih merajuk atau bakal meneruskan persembahannya pada ahad ini? Sama- sama kita nantikan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry