Siapa artis tempatan mempunyai Followers Instagram melebihi 4 Juta di Malaysia? Ketika ini Instagram menjadi salah satu aplikasi wajib yang harus ada di smartphone. Mulai dari anak muda hingga dewasa sebahagian besar pasti memiliki akaun sosial media ini. Biasanya semakin banyak follower Instagram yang kamu dapatkan, maka semakin termotivasi juga untuk memuat naik gambar yang lebih menarik setiap masa.

Sebenarnya Instagram tidak hanya berguna untuk memamerkan gambar-gambar cantik sahaja, tapi anda boleh memanfaatkan media sosial ini untuk promosi produk atau mengikuti aktiviti selebriti kegemaran anda.

Jika David Beckham, yang baru saja membuat akaun Instagram pada 2 Mei 2015, terus dapat 4 juta follower. Namun selebriti Malaysia ini ambil masa yang lama juga untuk dapatkan jumlah pengikut seramai ini. Bukan senang ok!

Nah, kalau anda termasuk orang yang suka stalk, berikut ini senarai 5 artis dengan followers Instagram yang sudah melepasi 4 juta di Malaysia yang patut anda follow.

IKLAN

Scha Alyahya (4 Juta Pengikut)

Akaun dengan followers Instagram terbanyak di Malaysia turut dipegang oleh pengacara dan pelakon Scha AL-Yahya. Isteri kepada Awal Alshaari ini menduduki tempat ke-5 dengan jumlah followers sebanyak 4 juta orang.

Dato Siti Nurhaliza (4.2 Juta Pengikut)

Akaun Instagram penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza ternyata mempunya jumlah pengikut yang ramai dengan followers sebanyak 4.2 juta orang. Meski sudah jarang tampil di TV kerana baru sahaja hamil 4 bulan, namuin jumlah followers isteri kepada Datuk K ini semakin bertambah setiap hari.

Zizan Razak (4.4 Juta Pengikut)

Satu-satunya artis lelaki Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut yang luarbiasa ramai. Hingga hari  ini, akaun Instagram pelakon dan pelawak Zizan Razak telah diikuti oleh 4.4 juta orang.

Nora Danish (5 Juta Pengikut)

Dahulu Nora Danish pernah menjuarai carta artis Malaysia paling ramai pengikut. Namun pada tahun ini, takhtanya telah di rampas oleh pelakon dan usahawan jelita Neelofa. Apa-apa pun, Nora menduduki temopat kedua dalam senarai Instagram dengan followers terbanyak.

IKLAN

Neelofa (5.1 Juta Pengikut)

Pengacara dan usahawan berjaya Neelofa kini menjadi selebriti Malaysia paling ramai pengikut di laman Instagram sekali gus memecah rekod yang dipegang pelakon Nora Danish sebelum ini.

Dengan jumlah pengikut terbaru seramai 5,1 juta, Neelofa, 28, menerusi Instagramnya @neelofa kini mendahului kira-kira 100,000 pengikut berbanding Nora Danish yang kini mempunyai 5 juta pengikut.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry