Anak Gadis Dato Zulkeflie M Osman, Falla Zully Pertaruhkan Lagu Cinta

7

Puteri Nur Farra Dato Zulkeflie atau lebih dikenali sebagai Falla Zully merupakan seorang yang tidak asing lagi di dunia tv komersil. Wajah dan bakat beliau sering menjadi pilihan untuk komersil seperti Coca Cola, TNB, Fisherman’s Friends, DIGI, Mentos, dari sejak awal tahun 2010 lagi. Beliau juga telah mendapat kepercayaan untuk menjadi duta kepada ‘Mysarr Beauty’ dan ‘Tripviss Traveller’.

Anak kedua kepada pengarah dan pelakon terkenal, Dato Zulkeflie M Osman ini, meminati bidang nyanyian sejak di bangku sekolah lagi, sehingga beliau dapat meraih kemenangan ‘vokalist terbaik’, dalam pertandingan ‘Clash of Music’ yang telah dianjurkan oleh Bentley Music, lagu ‘Aku Ada Kamu’ telah dihasilkan bersama music susunan Reyza Hamizan dan lagu serta lirik di tulis oleh Aiyad Sakti.

“Aku Ada Kamu” adalah single pertama Falla Zully yang mengisahkan percintaan dan ia bukan sahaja kecintaan pada manusia bahkan merangkumi kecintaan kepada tuhan. Menurut Falla dia berharap lagu ini di terima baik oleh pendengar muzik tanah air serta khas buat peminat Falla Zully, lagu ‘Aku Ada Kamu’ edaran AJ Music ini boleh dimuat turun di semua digital platform iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox yang akan di lancarkan pada 1 ogos 2017.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry