Sebelum ini, kita sudah mendapat perkhabaran bahawa berita sedih yang dikongsi oleh Iqram Dinzly yang kehilangan bapanya tempoh hari.

Allahyarham yang menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi turut diserang angin ahmar pada 20 Jun lalu dan kesihatannya merosot sejak itu. Iqram juga sering mengemas kini mengenai perkembangan kesihatan bapanya di Instagram.

Selfie di Pusara Bapa

Namun kini, hanya doa dan amalan dari anak yang soleh buat bapanya yang pergi buat selamanya. Baru-baru ini menerusi akaun Instagram miliknya, murai.my perasan Iqram telah memuatnaik gambar di pusara ayahnya untuk membaca surah Yassin. Gambar Iqram berselfie sambil tersenyum dan terlihat buku Yassin diletakkan di samping batu nisan ini dikongsikan kepada pengikutnya dengan kapsyen;

Tadi #22102017. Jari jemari ku terlebih menari. Lihat apa yang tiada disisi, namun tetap ber #selfie . Ayuh doakan ayahanda hamba, Muhammad Saipuddin Bin Rajemah, senantiasa dibawah lindungan rahmat Allah taala, begitu juga dengan sanak saudara yang berada di Alam sana .

Bukan sekadar mendapat pujian dari pengikutnya, murai.my juga terlihat banyak komen negatif gara-gara gambar ber”selfie” ini. Iqram telah dikritik hebat oleh netizen di ruangan komen dengan mengatakan perbuatan itu tidak elok dilakukan di tanah perkuburan.

IKLAN

Walaupun mendapat kritikan dan kecaman dari netizen,Farish Aziz enggan mengaku perbuatannya itu adalah salah. Pelakon ini cuba menjelaskan bahawa tiada salahnya dalam Islam melakukan perbuatan sebegini.

Dalam sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan.

Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.

Apa-apa pun Iqram bukanlah niat untuk berseronok cuma wajahnya nampak ceria kerana bersyukur dalam selesai bacaan Yassin di pusara bapanya. Biasalah netizen, apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti ada sahaja yang tak betul. Bertabahlah!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN