Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Barang Pecah, Beg Hilang! Chef Zam Naik Hantu Dengan MAS

by Zaidin Albert
October 25, 2017
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Barang berharga milik seorang chef selebriti, Chef Zam telah pecah semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia. Hari ini beliau sangat kecewa dengan respon dan layanan dari syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines.

Kejadian bermula pada 11 Oktober 2017, dalam penerbangan yang sama, difahamkan salah satu bag yang dibawa tidak muncul di lapangan terbang Melbourne. Aduan kehilangan bag ini telah dilaporkan kepada MAS namun mereka hanya menawarkan wang pampasan dan ganti rugi sebanyak AUD67 atas kelewatan terima bag.

Walaubagimanapun Chef Zam membalas dengan menganggap cara layanan MAS sangat mengecewakan dan sudah lebih 2 minggu pihak mereka tidak memberi respon terhadapnya.

“Selepas hampir dua minggu pulang ke rumah, syarikat penerbangan nasional @malaysiaairlines belum menjawab e-mel saya mengenai pampasan dan bayaran balik yang ditawarkan. Mereka kelihatan sangat keliru atau mungkin tidak terlatih untuk melayan masalah yang saya alami”

Menurutnya, semasa membuat pendaftaran masuk (check-in), dia telah memaklumkan kepada petugas MAS bahawa barang-barang tersebut mudah pecah dan ditampalkan dengan pelekat (Fragile) bagi mengelakkan ia pecah atau rosak. Namun salah satu barang seramik dari Italy telah pecah dan perkara ini benar-benar mengecewakan.

Daripada komunikasi Chez Zam untuk menyelesaikan masalah ini, mereka tidak peduli terhadap aduan dan justifikasinya. Mesej tanpa henti di Twitter & FB ibarat mencurah air ke daun keladi.

Chez Zam menambah, bukan niatnya mahu menjatuhkan imej sebuah syarikat penerbangan yang membanggakan rakyat Malaysia, tetapi cara dan perkhidmatan haruslah dijaga demi menjaga maruah negara.

“Saya tidak menulis ini dengan niat jahat untuk menjatuhkan syarikat penerbangan kebanggaan negara saya sendiri yang saya masih menyokong sejak awal tahun 1990-an, tetapi hal sebegini sangat menghampakan kerana sehingga kini tiadasebarang perbincangan untuk mencapai penyelesaian yang baik.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ramai Tak Tahu, MALAYSIA AIRLINES Ada Tempat Duduk Sehebat Ini. Serius Macam Suite Hotel!
chef zammalaysia airlinesMAS
https://lomp.at/j78k7
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem