Jika bercakap mengenai Hero Remaja anjuran sebuah majalah tempatan, boleh dikatakan ramai pelakon – pelakon hebat kini lahir daripada program tersebut. Antaranya seperti Asyraf Sinclair, Esma Daniel, Kamal Adli, Fizo Omar, Fattah Amin dan ramai lagi. Namun tahukah anda, pelakon Jaslin Puasa juga lahir dari program berkenaan.

Drama Abang Bomba I Love You Naikkan Nama Jaslin

Bagi Jaslin Puasa atau lebih mesra disapa sebagai Jas, walaupun sudah lama berada di dalam industri sama seperti rakan seangkatannya, Kamal Adli dan Fizo Omar beliau bersyukur masih lagi mendapat tempat di dalam drama tempatan. Buktinya, lihat saja drama Abang Bomba I Love You yang berjaya melonjakkan nama beliau dalam bidang lakonan.

Sudah Berkahwin ?

Dalam perkembangan lain,menerusi Instragram nya Jas dikatakan sudah berkahwin. Malah beberapa gambar beliau memakai baju melayu di sebuah majlis perkahwinan menimbulkan tanda tanya peminat.

Hasil temubual murai.my bersama Jas, menurutnya gambar – gambar tersebut adalah dalam sebuah babak drama tebaru beliau yang berjudul Sara Kirana. Ternyata itu semua hanyalah spekulasi peminat semata – mata.

IKLAN

Minat Yang Pelbagai

Buat anda yang tidak tahu mengenai pelakon kacak ini, Jas juga seorang yang aktif dan suka mencuba pelbagai bidang. Antaranya minatnya yang mendalam pada dunia fotografi, peragaan dan menggembara. Tidak hairanlah gambar – gambar di Instagram nya cantik – cantik belaka. All the best Jas!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry