Belum pun selesai sepenuhnya kes yang melibatkan Kamal Adli dan Emma Maembong yang berpisah kononnya disebabkan oleh Zahirah Macwilson, hari ini timbul pula cerita baru mengenai Emma Maembong.

Berkawan Rapat Dengan VIP

Walaupun baru sahaja putus cinta dengan Kamal Adli, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Embong dikatakan sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk. Menurut sumber dari Suria,hubungan Emma dan ahli perniagaan berkenaan yang dikenali sebagai Salim Rahman, mula dihidu sejak beberapa bulan yang lalu.

Ya Saya Kenal Emma..

Sebagai info, Salim adalah seorang duda anak dua malah baru bercerai dengan isterinya dua minggu lalu yang lalu. Namun begitu, menurut beliau hubungannya dengan Emma hanyalah sekadar kawan rapat sahaja.

“Ya… saya kenal Emma tapi hubungan kami sekadar kawan baik sahaja,”

Apapun kepada Emma dan Kamal, murai.my mendoakan yang terbaik untuk kalian berdua. Seperti kata orang, kalau dah jodoh tak kemana..

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry