Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Bukan Sahaja Kacak, Nazmi Nordin Juga Bakal Bergelar Doktor

by Khai Azfar
October 27, 2017
65
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidak ramai yang tahu, terdapat beberapa selebriti tanah air memilki tahap pencapaian pendidikan tertinggi, Doktor Falsafah (PHD) sekaligus menolak dakwaan bahawa bergelar selebriti bukanlah tiket untuk mengabaikan pelajaran mereka

Handsome With Brain

Selain Dr Soo Wincci, pelakon kacak yang berasal dari Perlis ini juga bakal bergelar Doktor tidak lama lagi. Perkenalkan Nazmi Nordin atau lebih mesra disapa sebagai Nazmi yang khabarnya bakal menerima kelulusan tertinggi itu tidak lama lagi. Menurut Nazmi kepada murai.my, beliau kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam Imaging & Interventional Radiology (PhD) di The Chinese University of Hong Kong sejak Ogos yang lalu.

Tambah jejaka yang berusia 28 tahun ini, pelajaran adalah segala – galanya bagi beliau. Tidak seperti remaja lain yang mungkin sudah tidak berminat untuk belajar, bagi Nazmi pelajaran adalah segalanya kerana bermula dari Diploma sehinggalah mencapai tahap pendidikan terkini, pelajaran adalah yang pertama dan meletakkan kariernya sebagai yang kedua.

Sengaja ‘Menghilangkan Diri’

“Sebenarnya saya bukan menghilangkan diri, tapi sebaliknya saya sudah ke Hong Kong sejak 3 bulan yang lalu. Malah sepanjang saya berada di sini tidak ramai yang mengetahuinya”

Ujar Nazmi sewaktu dihubungi baru – baru ini. Bagi Nazmi, beliau mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia lakonan dan peragaan bagi menumpukan perhatian kepada pelajarannya. Namun begitu, andai diberi peluang untuk berada di pentasa peragaan ketika balik bercuti di Malaysia, sudah pastinya beliau tidak akan lepaskan peluang tersebut.

Ketika ditanya soal lakonan pula, Nazmi yang kali terakhir dilihat berlakon dalam drama Papa Ricky masih lagi berminat dalam dunia lakonan. Namun dek kerana kekangan masa dan fokusnya, perjalanan seni beliau terpaksa diperlahankan buat sementara waktu.

Bukan Artis Segera

Nazmi atau nama sebenanrya Mohd Nazmi Che Nordin merupakan juara bagi sebuah program realiti, Mister Planet Malaysia(MPM) tahun 2015 dimana ianya turut diiktiraf di peringkat dunia. Menolak dakwaan bahawa beliau tersenarai sebagai ‘artis segera’, sebaliknya bagi Nazmi beliau melihat pertandingan seumpama ini merupakan batu loncatan untuk beliau dan mereka yang berbakat untuk pergi lebih jauh ke dalam bidang yang diminati.

” Saya tak rasa pertandingan seperti ini untuk hasilkan artis segera.Sebagai contoh, pentas MPM dinilai bukan pada rupa paras semata – mata sebaliknya pengetahuan serta tahap kecergasaan kami juga dinilai bagi membuktikan ‘produk’ yang dihasilkan kosong semata – mata.

Apa pun, kami di murai.my mendoakan Nazmi untuk terus sukses dan pulang ke Malaysia sebagai Dr.Nazmi!

Gambar Instagram Nazmi Nordin 

mister planet malaysianazmi nordinpapa ricky
https://lomp.at/ijdd2
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem