Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Ernie Zakri Mengaku Berkawan Rapat Dengan Seseorang

by Khai Azfar
October 31, 2017
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Meskipun sudah lama menempa nama dalam bidang nyanyian sejak menjuarai Bintang RTM pada 2009, Ernie Zakri masih lagi terus belajar dan mencipta namanya melalui hasil usahanya sendiri.

Tidak Kisah Berkongsi Ilmu Dengan Penyanyi Lain

Menerusi temubual eksklusif murai.my bersama Ernie yang juga sepupu kepada Ziana Zain dan Anuar Zain,beliau bersedia untuk berkongsi ilmu dengan penyanyi-penyanyi yang ingin mempelajari asas vokal dengannya. Sebelum ini, penyanyi Syamel AF Megastar turut mendapatkan khidmat nasihat beliau dan mereka turut mempunyai single duet yang berjudul Aku Cinta.

“Saya tak kisah untuk sesiapa sahaja yang ingin datang belajar kerana bagi saya untuk menjadi penyanyi itu sekurang – kurangnya mereka harus mempunyai asas untuk menyanyi dan dari situlah kita boleh lihat apa kelemahan dan kelebihan yang ada pada mereka. Dan saya percaya tak salah untuk kita buat dan belajar demi karier”

Ernie Jawab Spekulasi Hubungan Istimewa

Menjawab persoalan mengenai hubungan istimewa beliau dengan seseorang, Ernie tidak menolak bahawa beliau mempunyai ramai kawan namun menurutnya Ernie berkawan rapat dengan seorang lelaki. Ketika ditanya adakah jejaka tersebut seorang selebriti, beliau hanya berseloroh namun menurutnya jejaka tersebut sentiasa berada ketika beliau memerlukannya.

“Tipulah kalau kata tak nak ada teman, kahwin dan sebagainya memandangkan umur saya dah mencecah 25 tahun. Buat masa sekarang apa yang saya boleh katakan, saya lebih gemar untuk berkawan dengan sesiapa sahaja”

Saya Tak Garang!

Terdapat dakwaan dari peminat yang menganggapnya sebagai garang, bagi Ernie itu hanyalah pandangan dari mereka sahaja. Tambah penyanyi kelulusan Ijazah Sarjana Muzik ini,  beliau seorang yang tak boleh duduk diam dan akan mengacau sesiapa sahaja yang berada berhampirannya. Selepas lagu Aku Cinta, Ernie Zakri bakal keluar dengan single terbarunya tidak lama lagi yang judulnya masih lagi dirahsiakan.

[VIDEO] Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Makeup Satu Muka, Raih Perhatian Ramai!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ernie zakri
https://lomp.at/j742s
Share7Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem