Oki Setiana Dewi akan melahirkan anak ketiganya pada Disember 2017. Sama seperti dua kali dia melahirkan anak sebelumnya, melahirkan anak yang ketiga ini, isteri Ory Vitro itu memilih bersalin secara cesar.

Sebenarnya, bukan keinginan Oki Setiana Dewi melakukan bersalin secara cesar. Cara tersebut terpaksa dilakukan bintang filem Ketika Cinta Bertasbih itu kerana sebuah alasan yang sangat kuat.

Oki Setiana Dewi

IKLAN

“Saya tidak mahu bersalin secara cesar. Tapi saya ada kelainan tulang simfisis fuctional. Sebab itu doktor menyarankan untuk pembedahan cesar untuk kebaikan saya,” kata Oki Setiana Dewi.

Sebagai seorang wanita, Oki Setiana Dewi mengaku begitu mahu merasakan bersalin secara normal. Dengan cara itu dia dapat merasa pengalaman beratnya perjuangan seorang ibu ketika melahirkan. Namun kerana ada kelainan pada tulang pinggulnya, doktor tidak membenarkan.

Pelakon terkenal Indonesia, ini pernah diberikan penghormatan untuk menjadi juri Gema Gegar Vaganza (GGV).

Sumber Liputan6

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry