Jika hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong semakin baik berlainan pula dengan Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson kerana hubungan mereka dikatakan retak dek kerana terpalit cinta lokasi diantara Kamal, Emma dan Zahirah sendiri.

Sudah Tidak Bercakap Selama 3 Minggu

Zul Ariffin menerusi sumber BH Online akui sudah tidak bercakap selama tiga minggu dengan kekasihnya itu. murai.my difahamkan Zahirah kini berada di luar negara bagi menjayakan penggambaran sebuah drama.

“Ketika isu itu tercetus, saya dan Zahirah bergaduh, tidak bercakap selama tiga minggu. Saya hanya mendapat tahu mengenainya apabila Emma menghubungi saya, bukan daripada mulut Zahirah atau Kamal”

Tambah Zul beliau sebenarnya terasa hati namun tidak marah dengan Zahirah. Malah beliau turut kesal dengan isu yang tidak sepatutnya berlaku.

“Ada rakan di lokasi penggambaran memberitahu Zahirah tertekan apabila kami berselisih faham dan lama tidak berhubung. Apa perlu digaduhkan, hubungi saja saya untuk menyelesaikannya”

Zahirah Sengaja Cetuskan Isu Lain

Pada pandangan Zul sendiri, Zahirah hanya cuba mencetuskan isu lain dikala mereka sedang berantakan dan kekasihnya itu patut menghubunginya untuk memperbaiki keadaan. Dalam masa yang sama, Zul turut meluahkan rasa terkilannya kerana Zahirah terlalu mengikut perasaan.

IKLAN

“Perlukah Zahirah menyemarakkan hati dengan melakukan perkara yang boleh menimbulkan isu lain? Dia hanya perlu bersemuka dengan saya. Jika Zahirah mahu berubah, lakukan tetapi jika sebaliknya, tidak mengapa. Saya tidak akan menyalahkannya,”