Lagi khabar berita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Nampaknya menjelang hujung tahun ini, ramai selebriti mendapat perkhabaran gembira dengan menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Jika sebelum ini kami telah kongsikan nama anak Jovian Mandagie, kali ini mengenai King Coco pula.

Putra Kyle Mateen Nama Diberi

https://www.instagram.com/p/BbOxj4UHT89/?taken-by=k1ngcoco_1

Semalam, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Binti Ismail telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.63kg di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. Nina Ismail Sabri, isteri kepada Jovian juga telah melahirkan anak mereka di hospital yang sama.

IKLAN

Terdahulu, King Coco telah berkahwin dengan juruterbang yang dikenali sebagai Captain Azrin pada awal tahun ini. Khabar gembira itu turut dikongsi Azrin di Instagram nya dan menamakan putera sulung mereka itu Putra Kyle Mateen.

King Coco Tidak Laku

Sebelum ini murai.my pernah menyiarkan kisah mengenai King Coco yang dikatakan sudah tidak laku. Menolak dakwaan berkenaan, King Coco berkata kini hanya aktif di Instagram dan membuat pelbagai review untuk membantu mereka yang membuat perniagaan dalam talian.

Kami di murai.my ingin ucapkan tahniah buat King Coco dan Captain Azrin atas kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka!

Gambar Instagram King Captain Azrin