Apple dikatakan akan melancarkan iPad yang terbaru dengan teknologi FaceID pada tahun 2018. iPad generasi terbaru ini juga nampaknya lebih nipis, dan tentu sahaja, kuasa pemprosesan yang lebih baik.

Menurut laporan dari Bloomberg, iPad baru merupakan inovasi terkini selepas kehadiran iPhone X. Selain FaceID, tablet baru itu juga tidak mempunyai butang home, ia bergantung pada FaceID untuk membuka dan gerak isyarat untuk navigasi.

https://www.youtube.com/user/LowyatTV

Walau bagaimanapun, paparan OLED tidak mungkin berada pada iPad baru. Laporan Bloomberg menambah bahawa ini disebabkan oleh kekangan “teknikal dan kewangan”, kerana skrin OLED lebih sukar untuk dihasilkan daripada skrin LCD standard. Dan memandangkan Samsung adalah satu-satunya pengeluar dengan keupayaan untuk memenuhi tuntutan pengeluaran Apple, daya maju kewangan merupakan faktor lain untuk Apple berpegang pada panel LCD sekarang.

Sumber: Bloomberg Via Lowyat.net

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry