Thursday, February 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home HotList

7 Selebriti Yang Pernah Kahwin Lebih Dari Dua Kali

by Khai Azfar
November 10, 2017
287
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sahaja yang mahu rumahtangga yang dibina hancur sekelip mata dengan pelbagai punca. Akan tetapi kegagalan perkahwinan kali pertama bukanlah titik noktah buat 7 selebriti ini. Sebaliknya, mereka bangun dan mencari pelengkap hidup mereka. Bukan sekali mahupun dua kali, tetapi lebih daripada itu mereka tetap mencari pengganti yang rela hidup semati.

1. Abby Abadi

Sebelum ini Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008. Mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 2013, walaubagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama 11 bulan dan kemudiannya disahkan bercerai.

Dua tahun kemudian, Abby mengakhiri status jandanya dengan berkahwin untuk kali ketiga bersama Muhammad Faizal Zakaria dan mengharapkan ini adalah perkahwinan terakhir beliau.

2. Aishah

Empat kali berkahwin! Itu adalah pengakuan dari peserta Gegar Vaganza, Aishah yang mengaku telah berkahwin untuk kali keempat pada awal tahun ini.Sebelum ini Aishah telah bercerai dengan suami ketiga nya pada 2011. Walau bagaimanapun, Aishah enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya dan ingin fokus pada pertandingan ini.

3. Datuk Seri Vida

Disebalik kemesraan yang terpancar pada wajah Datuk Seri Vida dan suami ketiganya, Fairuz Ahmad Zainuddin ternyata ianya tidak berpanjanan kerana mereka disahkan bercerai awal tahun ini. Perceraian tersebut turut mengejutkan ramai pihak kerana kali terakhir mereka bersama dan kelihatan sungguh mesra adalah dalam rancangan The House. Apapun, DSV akui tidak serik dan kini sedia menanti calon suami keempatnya.

4. Fiza Elite

Perkahwinan kedua beliau bersama Adam AF ternyata tidak bertahan lama. Setelah beberapa kali cerai dan rujuk akhirnya mereka disahkan bercerai pada 2016. Akan tetapi, hati Fiza ‘pantas disambar’ oleh seorang juruterbang dan mendirikan rumah tangga yang ketiganya pada Julai yang lalu.

5. Ana Dahlia

Hanya bertahan 11 bulan, rumahtangga yang dibina Ana Dahlia bersama anak kepada Chef Wan,Chef Riz juga gagal. Pada 2016, Ana sekali lagi berkahwin yang juga merupakan kali ketiga buat Ana Dahlia dan kedua bagi suaminya, Mohd. Ashraf yang mempunyai tiga anak berusia lima hingga setahun dari perkahwinan terdahulu.

6. Jamal Abdillah

Selepas 10 tahun menduda, Datuk Jamal Abdillah akhirnya memilih gadis berusia 23 tahun sebagai isteri pada April lalu. Sebelum ini Jamal pernah berkahwin dengan Basariah Latif pada 1988, namun mereka bercerai lapan tahun kemudian dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Penyanyi itu kemudian menikahi Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan mereka dikurniakan anak lelaki, Osama Yamani, yang kini berumur 16 tahun. Bagaimanapun perkahwinan mereka juga tidak berkekalan dan selepas itu beliau bertemu jodoh buat kali ketiga dengan Fatimatuzahra Samat pada 2005. Menerusi perkongsian hidup selama dua tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Zaki Yamani yang sudah mencecah usia 10 tahun.

7. Salih Yaakob

Sebelum ini, beliau mengejutkan ramai pihak dengan poligami dan berkahwin kali keempat dengan seorang gadis berumur 29 tahun. Namun begitu, pada 2015 penyampai radio Sinar FM itu bercerai dengan isteri keduanya selepas didesak agar berbuat demikian dengan alasan Salih tidak berlaku adil terhadapnya.

Daripada keempat-empat perkahwinan itu Salih dikurniakan 13 orang anak. Mungkin anda yang ingin berkahwin dari satu, boleh dapatkan tips dari Saleh untuk kekal lama dalam rumahtangga.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: abby abadiaishahana dahliadato seri vidafiza elitejamal abdillahnorman hakimsalih yaakob
Share115Tweet72SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Alhamdulilah… 5 Artis Ini Pilih Untuk Bertudung Pada Tahun 2022
HotList

Alhamdulilah… 5 Artis Ini Pilih Untuk Bertudung Pada Tahun 2022

by Nurin Sakinah
December 27, 2022
Jodoh Tak Panjang… 5 Selebriti Ini Sah Bercerai Tahun 2022
HotList

Jodoh Tak Panjang… 5 Selebriti Ini Sah Bercerai Tahun 2022

by Nurin Sakinah
December 26, 2022
YOUTUBE Senaraikan 10 ‘Content Creater’ Paling Popular di Malaysia 2022
Filem

YOUTUBE Senaraikan 10 ‘Content Creater’ Paling Popular di Malaysia 2022

by Phic ARMAN
December 23, 2022
Top 5 Pelakon Korea Paling ‘Meletup’ Di Netflix Tahun 2022
HotList

Top 5 Pelakon Korea Paling ‘Meletup’ Di Netflix Tahun 2022

by Haz Haan
December 23, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Artis Puji- ‘Meremang Bulu Roma’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan