Menurut laporan Buletin Utama TV3 semalam (9/11/2017), seorang individu dipercayai CEO kepada sebuah syarikat telco di Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai kerana kesalahan dadah.

Empat besar telekomunikasi utama di Malaysia (Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile) telah bergerak pantas untuk mengesahkan bahawa CEO mereka bukan individu yang di war-warkan.

View this post on Instagram

Pika pika?

A post shared by Jason Lo (@jasonlo1) on

Walaubagaimanapun, menurut laporan dari lowyat.net, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk Jason Lo telah megesahkan beliau sebelum ini telah ditahan di Lapangan Terbang Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Bagaimanapun, beliau menegaskan ia tidak ada kaitan dengan kesalahan dadah.

Jason Lo telah mengeluarkan kenyataan selepas tuduhan menyatakan bahawa dia adalah individu yang ditahan. Kenyataannya adalah seperti berikut:

IKLAN
View this post on Instagram

Bowling ain't my thing

A post shared by Jason Lo (@jasonlo1) on

“Inilah ceritanya sekiranya anda tidak tahu. Saya mendarat di lapangan terbang, Dubai dan rakan saya cuba meleraikan sebuah pergaduhan. Kemudian dia dipukul dan saya cuba membantu untuk menyelamatkan rakan saya. Namun saya ditahan dan dimasukkan ke lokap tapi bukan kerana kesalahan dadah.”

Jason mendakwa rakannya mengalami kecederaan akibat percubaannya itu dan beliau hanya terlibat untuk membantu. Dia kini sudah dibebaskan dan kembali ke tanahair.