Lagi mengenai Twitter. Jika sebelum ini mereka telah membenarkan Tweet sehingga 280 aksara, hari ini satu lagi perkhabaran baru telah dihebahkan oleh mereka.

Verification Digantung Sementara

Sebelum ini sesiapa sahaja yang memiliki verification ataupun tanda biru di Twitter pasti akan berbangga kerana tidak semua orang memilikinya. Rata – ratanya adalah orang kenamaan dan selebriti. Terkini, Twitter telah menggantung fungsi berkenaan sementara waktu selepas ianya dilaporkan menimbulkan kontroversi.

Pilih Kasih!

Antara sebab utama fungsi ini digantung sementara adalah kerana ianya dikatakan berat sebelah dengan mengiktiraf mereka yang berhaluan kanan sahaja. Apapun bagi kami, ianya tidaklah begitu penting kerana yang menentukan anda hebat adalah dari sumbangan anda dan bukannya pengesahan seperti ini. Setuju?

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry