Semalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengeluarkan perintah bersurat berkenaan penggunaan mikrofon tanpa wayar yang kini banyak didapati dalam pasaran

Berkuatkuasa Julai 2018

Kami tidak pasti bagaimanakah bentuk mikrofon yang dilarang kerana tiada imej rasmi diedarkan. Namun dari segi pengamatan murai.my penggunaan mikrofon tanpa wayar yang kini banyak di pasaran adalah yang digunakan untuk tujuan karaoke mudah alih. Menurut SKMM pula, jenis peralatan mikrofon yang tidak dibenarkan adalah yang berada dalam skala 694MHz hingga 798MHz.

Sebab Dilarang

Sedikit pencerahan mengenai notis di atas: Jalur frekuensi 700MHz – 800MHz akan diperuntukkan bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih, LTE (4G). Penggunaan LTE dan mikrofon tanpa wayar dalam jalur frekuensi yang sama akan mengakibatkan gangguan kepada kedua-duanya. Maka, peranti-peranti tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Mikrofon tanpa wayar boleh menggunakan jalur frekuensi yang telah disenaraikan pada Jadual ke-14 dalam Class Assignment No.1 of 2017 yang boleh diakses atau dimuat turun daripada laman sesawang MCMC di pautan berikut : http://mcmc.gov.my/…/pdf/Class-Assignment-No-1-of-2017.pdf