Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

6 Perihal Izara & Adib Yang Ramai Tidak Tahu

by Khai Azfar
November 19, 2017
Share on Facebook

Kasihan pula kami melihat Majlis akad nikah Izara Aishah dan Adib Khalid yang dikecam hebat gara – gara memilih tema Bollywood sebagai tema majlis akad nikah mereka malam itu. Walaupun diadakan secara tertutup, netizen terlebih dahulu ‘mengadili’ tema mereka persis juri professional. Di sebalik kemeriahan majlis akad nikah tersebut, murai.my bawakan 4 perihal Majlis Akad Nikah Izara dan Adib yang mungkin anda tidak tahu.

1. Dikecam persis Valak ‘The Conjuring’

Pelbagai kecaman diterima gara – gara Izara memakai kerudung (veil) yang kelihatan pelik dimata netizen.

Ramai yang mengatakan kerudung tersebut seperti roti tisu dan komen yang ini agak menarik kerana ada pula yang mengatakan kerudung dan solekan Izara pada malan itu seperti pucat memperlihatkan beliau seperti Valak, watak hantu di dalam filem seram The Conjuring. Apa pendapat anda?

2. Nama Timangan Izara

“Cantiknya Icha malam ini..”

Pada mulanya ramai yang beranggapan panggilan Icha merujuk kepada Scha Al-Yahya. Akan tetapi tahukah anda nama Icha tersebut sebenarnya nama timangan bagi Izara Aishah. Comel!

3. Adib Dan Izara Dihadiahkan Kereta Mewah

Beruntung Adib dan Izara kerana sehari sebelum majlis akad nikah mereka diadakan, Asyraf Khalid yang merupakan abang kepada Adib telah menghadiahkan pasangan ini sebuah kereta mewah jenama Rolls Royce. Kami di murai.my turut menulis mengenai ini dan hasil tinjauan kami mendapati harga kereta ini melebihi RM 1 Juta!

Topik Berkaitan [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

4. Datuk Rizalman Sekolahkan Netizen

Untuk anda yang tidak tahu, kerudung tersebut telah direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim. Menolak dakwaan kerudung tersebut adalah pelik, menurutnya rekaan kerudung tersebut diilhamkan dengan tema future classic dan turut menambah ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihasilkan.

5. Pengapit Izara

Ramai yang terkejut kerana pengapit Izara pada malam itu adalah Farah Nabilah, pelakon yang popular menerusi drama Titian Cinta bersama Zul Ariffin. Netizen turut mempersoalkan mengapa Farah dipilih menjadi pengapit Izara.

Sebenarnya Farah adalah kawan baik Izara sejak mereka kecil lagi. Mungkin ramai yang tidak tahu kerana mereka jarang menunjukkan hubungan rapat mereka di media sosial.

6.  Seperti ‘pooja’ 

Bukan sahaja kerudung Izara yang menjadi bualan malah irama muzik yang dimainkan ketika Izara masuk ke ruangan akad juga menjadi persoalan. Mana tidaknya, ketika Izara sedang berjalan, kedengaran muzik seperti irama ‘pooja’ mengiringi beliau.

https://twitter.com/ashhsigigibesi/status/931525749189754880

Terdapat juga nasihat dari netizen yang mengatakan adalah lebih baik jika irama muzik tersebut digantikan dengan selawat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adib khalidasyraf khaliddatuk rizalman ibrahimfarah nabilahizara aishahrolls royceThe Conjuringvalak
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara