Iklan mungkin menjadi gangguan kepada ramai pengguna di luar sana tetapi kadangkala, ia juga membantu kami untuk mengetahui perkara baru. Menurut artikel dari portal teknologi popular Lowyat.net, baru-baru ini iklan 2gethernet di Facebook mendakwa syarikat telekomunikasi ini akan hadir di Malaysia.

Malah yang lebih menarik adalah 2gethernet nampaknya akan menawarkan pelan data tanpa had kepada pengguna. Menurut laman Facebooknya yang nampaknya telah diaktifkan beberapa hari yang lalu, syarikat itu juga mendakwa ia mempunyai liputan rangkaian yang luas.

Sumber Foto: Lowyat.net

Walau bagaimanapun, tiada butiran lain yang terkandung dalam halaman Facebooknya seperti alamat laman web rasmi, atau nama syarikat. Walaupun iklan Facebooknya menunjukkan butang Daftar, ia hanya berfungsi sebagai cara untuk mendaftarkan minat pengguna melalui media sosial itu sendiri dan bukannya sebuah laman web khusus.

Butang Daftarhanya berfungsi sebagai cara untuk mendaftarkan minat pengguna!

Jika disemak senarai di laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk melihat sama ada terdapat sebarang nama di kalangan pemegang lesen Perkhidmatan Telefon Awam yang berpotensi kewujudan 2gethernet namun pencarian tidak berjaya.

Sukar untuk mengetahui sama ada 2gethernet adalah asli atau sebaliknya.Jika benar, ini merupakan suatu berita baik semua pengguna internet di Malaysia.

Sumber Lowyat.net

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry