Sejak sebulan yang lalu, nama Uqasha Senrose menjadi bualan netizen. Bukan sahaja kerana hubungannya dengan pengacara Hefny Sahad, malah juga kerana baju yang dipakainya ketika di majlis Anugerah Skrin 2017 menampakkan dirinya kelihatan berisi sedikit dari kebiasaan.

Baju Menampakkan Bentuk Buah Dada

Semalam, nama Uqasha sekali lagi menjadi perhatian netizen di media sosial gara- gara memakai sepersalinan pakaian berwarna hijau di sebuah acara. Apa yang mencuri perhatian adalah baju tersebut menampakkan bentuk buah dada Uqasha yang jelas kelihatan.

Rata- rata komen di Twitter mengecam hebat pelakon ini dengan mendakwa Uqasha sengaja ‘belanja’ gambar tersebut. Pada murai.my , mungkin Uqasha tidak bermaksud demikian malah sememangnya baju tersebut direka dengan gayanya yang tersendiri.

Tidak Semua Gambar Perlu Dikongsi

Sebelum ini, Uqasha pernah meluahkan rasa kecewanya apabila beliau dilihat seringkali menjadi mangsa kecaman netizen. Pada pendapat kami, ianya bermula dari gambar – gambar yang dimuatnaik oleh Uqasha sendiri.

Bak kata pepatah, ‘pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin’. Gambar – gambar tersebut kebanyakannya mengundang komen dari netizen, jadi mungkin Uqasha boleh fikirkan dan lebih berhati – hati untuk memuat naik gambar yang sesuai.