Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Elyana Dan Lan Kristal Buat Peminat Sedih

by Khai Azfar
November 27, 2017
Share on Facebook

Pada hemat kami, konsert Gegar Vaganza minggu kelima semalam, boleh dikatakan sebagai minggu yang penuh mendukacitakan dan agak suram dari kebiasaan dengan beberapa pengumuman yang mengejutkan dari peserta – peserta program Gegar Vaganza 4

Doktor Pernah Kata Saya Boleh Hidup Setahun Lagi – Elyana

Konsert Gegar Vaganza yang bertemakan ‘kaum kerabat’ di mana setiap bintang GV4 diberi cabaran menyanyikan lagu penyanyi yang mempunyai pertalian persaudaraan sesama artis dalam industri menyaksikan Elyana kecundang dengan memperolehi markah terendah. Sejurus seleps diumumkan terkeluar, Elyana mengejutkan ramai pihak apabila beliau mengaku menghidapi kanser lyhmphoma di tahap empat dan turut meminta pesakit yang menghidapi penyakit yang sama untuk terus kuat berlawan penyakit berkenaan.

Tambahnya, penyakit kanser itu sudah dihidapinya sejak tahun 2013 malah doktor pernah memberitahunya bahawa beliau hanya mempunyai tempoh masa setahun sahaja untuk hidup.

Markah Penuh Konsert Minggu Kelima 

1. Aishah – 75%

2. Hazami – 74.4%

3. Firman – 74%

4. Liza Hanim – 72.8%

5. Lan – 69.8%

6. Syura – 69%

7. Aqasha – 68.4%

8. Tia Jinbara – 68.2

9. Elyana – 59.4%

Lan Umum Tinggalkan Kristal

Dalam perkembangan lain, seorang lagi peserta Gegar Vaganza, Lan yang dahulunya terkenal menerusi kumpulan Kristal turut mengejutkan ramai peminat apabila beliau mengesahkan bahawa dirinya tidak lagi bersama kumpulan berkenaan. Menurut sumber BHarian, Lan berbuat demikian kerana terasa hati dengan tindakan anggota kumpulan itu yang dikatakan melakukan sesuatu tanpa berbincang dengannya terlebih dulu.

“Selama ini, apa yang mereka buat di belakang saya, tanpa berbincang dengan saya, saya hanya diamkan diri. Saya menjadi orang terakhir yang tahu. Apabila saya menyuarakan perancangan projek solo, saya dipersalahkan dan dituduh ‘tunggul’. Kalau saya tunggul, sudah 18 tahun saya menjadi tunggul di dalam Kristal. Sebenarnya, projek solo itu bukanlah bererti saya mahu meninggalkan Kristal, malah ada juga anggota lain yang turut buat projek solo. Ini adalah projek sampingan bagi menampung saya dan keluarga, tetapi masih bersama Kristal. Apabila mereka menyuarakan untuk merehatkan saya, maka saya akan berehat dan tidak ada lagi perbincangan selepas ini”

Walaupun begitu, Lan sama sekali tidak akan berdendam dengan kumpulan yang menaikkan namanya itu kerana sudah menggap mereka sebagai keluarganya sendiri.

Buat Lan, diharap ‘gegaran’ beliau akan terserlah dalam Gegar Vaganza ini dan untuk Elyana pula murai.my mendoakan yang terbaik buat anda dan diharap akan cepat sembuh dan terus kuat melawan penyakit ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
elyanagegar vaganzagegar vaganza 2017lan kristal
https://lomp.at/kk2q6
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem