Selepas isu video mencium pipi suaminya yang menjadi tular baru-baru ini, kini Mia Ahmad turut terpalit sebuah lagi kontroversi apabila pelakon Syafie Naswip dikatakan telah merentap lehernya.

Syafie Mohon Maaf

Insiden tersebut menerusi sumber dari Kosmo Online sememangya berlaku namun menurut Mia, ianya hanyalah menjayakan adegan filem Jibam yang akan berada di pawagam tidak lama lagi.

IKLAN

“Perkara itu memang terjadi tetapi bukanlah di dunia nyata, sebaliknya ia berlaku menerusi satu babak di dalam filem terbaharu lakonan kami. Ada satu babak itu yang mana Syafie menarik tengkuk saya. Dia risau juga ingin melakukan babak tersebut tetapi saya katakan kepadanya buat sahaja.Memang penonton akan nampak ia menyakitkan, namun sejujurnya saya tidak berasa sakit seperti yang dilihat. Ini kerana, Syafie seorang pelakon yang profesional dan dia tahu teknik untuk melakukannya. Selepas menjayakan babak tersebut dia cepat-cepat meminta maaf,”

Mia yang melakonkan watak Zamiah, anak kepada Tok Ngah Sudin berkata,beliau sentiasa mencari kepelbagaian watak dan keberanian supaya penonton dan peminat tidak jemu dengan watak yang dilakonkannya sebelum ini.

Ciuman Tanda Gembira

Sebelum ini, Mia telah menjelaskan tindakan mencium suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi berlaku secara spontan disebabkan terlalu gembira dengan kemenangan pasukan suamninya itu. Kami di murai.my berasakan itu adalah sesuatu yang normal dan tidak salah kerana mereka merupakan suami isteri, lainlah seorang selebriti ini yang dicium oleh seorang wanita yang kononnya dianggap sebagai kekasih beliau.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda