Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Kronologi Majis Pernikahan Fattah Amin Dan Fazura Yang Anda Perlu Tahu

by Khai Azfar
November 28, 2017
57
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, Fattah Amin dan Fazura telah selamat bernikah secara tertutup di Hotel Ritz Carlton di ibu negara. Akhirnya pasangan Fattzura ini selamat mendirikan rumahtangga mereka selepas pelbagai spekulasi melanda mereka. Kami di murai.my  turut akui sedikit muak dengan ‘drama’ hubungan mereka yang terlalu berahsia. Untuk anda yang tidak tahu mengenai perkembangan pernikahan mereka, kami bawakan 4 fakta yang berlaku di hari majlis pernikahan Fattah dan Fazura.

1. Sah Diijabkabulkan Dengan Sekali Lafaz


Pihak pengurusan Fazura dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam dengan disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan – rakan terdekat sahaja.

2. Tekaan Hotel Yang Salah

Sebelum ini, tular khabar berita mengenai majlis pernikahan mereka akan diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, lokasi yang sama sidang media khas mengenai hubungan mereka diadakan, akan tetapi lokasi pernikahan mereka malam tadi telah berlangsung di Hotel Ritz Carlton

3. Tiada Liputan Media Dibenarkan

Kebanyakan media agak sedikit kecewa kerana majlis pernikahan mereka tiada media yang dibenarkan untuk membuat liputan. Malah maklumat lengkap seperti kebiasaan dilakukan artis popular lain mengenai siapa jurunikah yang menikahkan mereka, jumlah mas kahwin dan bilangan hantaran kedua-dua belah pihak tidak dimaklumkan.

4. Beberapa Orang Pengawal Peribadi Mengawal Ketat Kawasan Hotel

Menurut beberapa sumber, beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar malah pada jam 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan turquoise sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.

5. Simbolik Tarikh 27/11/2017 

Perasan atau tidak, majlis pernikahan mereka diadakan pada  27.11.2017 dimana tahun ini Fattah berumur 27 tahun dan tarikh lahir Fazura pula 27 haribulan. Memang sudah dijangka bukan?

[VIDEO] Amira Othman Dilawat Ibu Fattah Amin, Hanya Ziarah Biasa Atau Petanda Sesuatu?

Itulah antara intipati sepanjang majlis pernikahan mereka yang berlansung secara tertutup semalam.Cukup privasi! murai.my akan bawakan perkembangan terkini mengenai gambar rasmi majlis pernikahan mereka dari semasa ke semasa. Untuk Fattah dan Fazura, tahniah diucapkan!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
fattah aminfattzurafazura
https://lomp.at/55xeo
Share23Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem