Sebelum ini agak sukar untuk pengguna berkongsi gambar mahupun maklumat di Instagram pihak lain. Jika tidak, mereka terpaksa memuat naik aplikasi pihak ketiga yang disokong App Store atau Google Play untuk menggunakan fungsi tersebut.

Aplikasi Sedang Diuji

Terbaru, Instagram dikatakan sedang menguji ciri berkenaan untuk aplikasi mereka pada masa akan datang dimana terlihat sebuah butang baru bersebelahan dengan butang Instagram Direct yang membolehkan pengguna berkongsi kembali sesuatu gambar atau video menggunakan akaun mereka.

Jika sebelum ini, antara aplikasi yang terkenal digunakan untuk menyokong fungsi ini adalah Regram dan Repost. Akan tetapi ianya tidak dapat dipastikan secara rasmi adakah ianya bakal diperkenalkan mahupun sekadar ujikaji. Bagi kami, fungsi ini pasti akan diterima baik oleh pengguna Instagram terutama buat pengamal media sosial.

Sumber : TNW

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry