Sebelum ini beberapa spekulasi telah mengatakan bahawa pelakon, Izreen Azminda sudah berkahwin. Namun pelakon berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi berkenaan sehinggalah beberapa hari lepas akhirnya beliau mengaku sudah berkahwin sejak Ogos yang lalu.

Izreen Perampas Suami Orang?

Sejak mengaku bahawa beliau kini sudah berkahwin, Izreen terus dikecam hebat dan dicaci netizen di Instagram yang menganggap dirinya sebagai perampas dan sengaja mahu meruntuhkan kebahagian rumahtangga orang lain.

“Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama. Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya. Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,”

Isteri Pertama Redha

Tambah Izreen, isteri pertama suaminya yang dikenali sebagai Intan Liana sudi menerima kehadirannya sebagai madu walapun pada mula madunya itu seperti sukar menerima hakikat bahawa mereka kini sudah bermadu.

Menurut suaminya yang juga seorang pemuzik bebas,Ude beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sehinggalah pada majlis doa selamat diadakan pada minggu hadapan.

IKLAN

“Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,”

Sumber : BH Online