Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Sampai Tendang Troli! Norshila Amin Bergaduh Dengan Lana Nordin

by Khai Azfar
December 4, 2017
Share on Facebook

Teka-teki mengenai siapakah dua selebriti wanita yang bergaduh besar akhirnya terjawab kerana selebriti yang dimaksudkan adalah Norshila Amin dan Lana Nordin berdasarkan perincian yang diberi adalah seorang penyanyi wanita popular 1980-an dan seorang pelakon yang bersuamikan lelaki kulit putih.

Shila Tendang Troli Berhampiran Gerai Lana

Akui mengalami perselisihan faham dengan Shila, menurut Lana segalanya bermula sewaktu mereka terbabit dalam bazar selebriti yang berlangsung di Brunei sebelum ini dimana Shila menimbulkan masalah dengan penganjur membabitkan wang.

“Saya tidak mahu campur tangan walaupun bersimpati kerana ia mengaitkan pihak penganjur. Lagipun, penganjur banyak membantu saya dan selebriti lain yang sebelum ini terlebih dulu berniaga di sana. Bagaimanapun, saya tidak faham waktu itu dia sudah menunjukkan rasa kurang senangnya terhadap saya. Sesekali dia menyindir dan turut menjeling,”

Tambahnya, keaadaan bertambah keruh apabila mereka bertemu sekali lagi di bazar selebriti di Singapura dan terkejut apabila Shila berniaga berhampiran dengan gerainya.

“Pada peringkat awal saya lihat gerainya dan gerai saya ada dalam satu baris tetapi kedudukannya agak jauh. Saya berasa lega kerana kalau boleh, apabila sedang bekerja dan berniaga, saya tidak mahu timbul sebarang masalah.Saya cuba tidak mempedulikan dia dan pada awalnya keadaan masih terkawal. Namun, dia mula bertindak melampau apabila saya meninggalkan gerai.”

“Setiap kali lalu di hadapan gerai saya, dia akan menyumpah dan ada beberapa kali juga dia menendang troli yang ada berhampiran gerai saya. Mungkin dia ingatkan yang menjaga gerai saya itu adalah pekerja dan dia tidak tahu sebenarnya gadis terbabit itu adalah anak saudara saya. Sudah tentu apabila dia bertindak demikian, anak buah saya akan mengadu dan menceritakan apa yang berlaku,”

Lana Tarik Shila Minta Penjelasan

Menurut Lana juga, beliau seperti tidak boleh bersabar dengan perangai Shila yang terus menyindir beliau. Tampil memberanikan diri, Lana menarik Shila ke belakang gerainya dan memohon penjelasan.

“Pada hari terakhir, saya sudah tidak boleh bersabar apabila dia masih menyindir saya. Bagi mengelakkan rasa kurang selesa orang sekeliling, saya menariknya ke belakang gerai untuk bertanya sendiri, apa yang dia tidak puas hati sehingga bertindak sedemikian rupa. Apatah lagi setiap kali lalu di hadapan gerai, dia menyumpah seranah dan menendang troli. Sedangkan dia tidak tahu troli terbabit bukan saya punya sebaliknya milik orang lain. Sudah tentu pemilik troli itu rasa kurang senang,”

Dalam pertemuan itu, kata Lana, Shila menjelaskan rasa tidak puas hatinya terhadap Lana yang kononnya menjaja cerita dan membabitkannya dengan penipuan duit beberapa selebriti yang menyertai bazar di Brunei sehingga penganjur turut terkena tempias.

“Saya jelaskan kepadanya bahawa bukan saya yang sebarkan cerita itu sebaliknya semua selebriti yang terbabit dalam bazar di Brunei tahu apa yang berlaku. Malah mereka bercerita sesama sendiri. Saya ada bukti untuk menyangkal tuduhan itu termasuklah perbualan bersama penganjur yang mengadu masalah yang ditimbulkannya. Dia juga mengugut mahu menyaman saya. Terus terang, saya tak gentar kerana ada bukti. Malah, penganjur di Brunei bersedia untuk tampil sebagai saksi bagi menjelaskan masalah yang ditimbulkan Norshila,”

KUALA LUMPUR 09 MARCH 2017. Lana Nordin bersama suami David Mickienzie dan anak Gia Quinn Mckienzie, 1 tahun 2 bulan pada sidang media Lefest di Saloma Bistro NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.

Untuk makluman pembaca murai.my kes ini masih hangat diperkatakan dan Shila dikatakan bakal mengadakan sidang media bagi memperjelaskan situasi antaranya dan Lana. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Topik Berkaitan "Kalau Kena Kat Darah Daging Aku..."- Lana Nordin Kecewa Dengan Pembunuh

Sumber : Harian Metro

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
lana nordinnorshila amin
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara