Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

Perang Artis! 7 Kontroversi Ini Bikin Gempar Sepanjang Tahun 2017

by Zaidin Albert
December 5, 2017
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjelang tahun baru 2018, banyak kenangan manis dan pahit dalam dunia hiburan. Warna-warni hidup sebagai anak seni bukanlah indah-indah sahaja, namun ada juga peristiwa hitam yang terpaksa ditempuhi oleh mereka. – murai.my

Sepanjang tahun 2017, murai.my sebagai sebuah portal hiburan tidak pernah ketinggalan  untuk memaparkan kontroversi artis tempatan. Berikut murai.my rangkumkan 5 kontroversi yang paling hangat juga telah mencuri perhatian orang ramai dan media.- murai.my

1. Faye Kushairi & Elly Mazlein

Kisah kontroversi antara Faye Kusairi dan penyanyi Elly Mazlein hangat diperkatakan pada awal tahun ini. Faye dikecam teruk oleh netizen yang menganggap dirinya seorang perampas suami orang. – murai.my

Faye atau nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta iaitu bekas suami Elly pada 9 April lalu. Perkembangan terbaru kini, Faye disahkan hamil anak pertama. – murai.my

2.Sharnaaz Ahmad & Fattah Amin

Siapa yang tidak kenal dengan Sharnaaz Ahmad yang sering lantang bersuara di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Selepas selalu dihimpit dengan kontroversi, dia tetap tidak serik mengeluarkan kenyataan baru yang lebih pedas dan sensasi. Dia dikecam apabila tindakannya mengkritik kreadibiliti Fattah Amin membuatkan ramai peminat pelakon itu menghentam Sharnaaz. – murai.my

Kisah ini menjadi lebih hangat apabila ada yang menyangka perhubungan antara Sharnaaz dan Fattah agak dingin sebelum ini sehingga dia mengeluarkan kenyataan pedas terhadap Fattah. – murai.my

3. Nora Danish & Fasha Sandha

Isu  saman-menyaman antara dua pelakon popular ini, Fasha Sandha dan Nora Danish. Kontroversi panas yang melibatkan dua artis jelita telah menggemparkan seluruh Malaysia.

Fasha Sandha“dihalau” daripada sebuah majlis fesyen anjuran jenama pakaian dan tekstil terkenal. Semuanya gara-gara seorang artis yang turut bekerjasama dengan jenama pakaian tersebut ingin tarik diri jika Fasha hadir pada majlis tersebut.

4. Afifah Nasir & Aliff Aziz

Kes adik kepada pelakon Anzalna Nasir, Afifah Nasir, bersama dengan Aliff Aziz di Pusat Karaoke juga telah menggemparkan dunia hiburan. Afifah mengadakan sidang media berhubung dakwaan dirinya yang mengatakan produksi mempergunakan beliau untuk memujuk Aliff Aziz bagi melancarkan proses penggambaran mereka. – murai.my

Kontoversi membabitkan pelakon–pelakon ini semakin berpanjangan. Sehingga kini kedua-dua belah pihak masih lagi bermain tarik tali.

5. Saleem & Syafiq Farhain

Kontroversi ini tercetus apabila syarikat rakaman Syafiq Farhain dikatakan menggunakan nama dan lagu Saleem untuk tujuan promosi menaikkan nama Syafiq. Walaupun mereka mempunyai pertalian darah daging, Saleem tidak membenarkan anaknya itu menggunakan namanya dek kerana masih kecil hati atas perselisihan faham yang terjadi di antara mereka suatu ketika dahulu. – murai.my

Saleemdan isterinya, Julia Bachok dikatakan telah ‘menyerang’ syarikat rakaman Syafiq Music Valey Malaysia (MVM).

6. Zizan Razak & Dato Hans Isaac

Gara-gara lawaknya yang dianggap melampau, pelakon Zizan Razak yang mengacarakan malam Festival Filem Malaysia ke 29 terus dikecam pelbagai pihak. Ternyata pengacaraan Zizan pada malam tersebut telah dikritik hebat Hans Isaac yang mengganggap penyampaian Zizan terlalu berlebihan. – murai.my

Menurut Hans, sebagai seorang pengacara yang mengendali anugerah berprestij, Zizan tidak seharuskan membuat lawak jenaka sebegitu sehingga menjejaskan imej dan namanya. – murai.my

Dalam anugerah itu, Zizan secara berjenaka mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan dibeli.

7. Chef Wan dan Nabil Ahmad

Chef Wan telah menegur Nabil untuk tidak keterlaluan berada di pentas kerana kadang kala lawaknya itu dianggap kasar. Tambahnya, tindakan Nabil yang sering kali mengusik dan mengajuk percakapan juri adalah sesuatu yang tidak patut dan seharusnya dibendung.

“Assalamualaikum..Video ini ditujukan khas buat Datuk Prof Chef Wan..Whats wrong Datuk? You need some attention? I’ll give you some…”

Itulah antara bait-bait kata Nabil yang ditujukan khas buat Chef Wan di Instagram nya sudah mendapati chef selebriti itu seperti tidak professional dan menganggap perbuatannya itu seperti mahu memalukan dirinya. – murai.my

Tidak mengalah dengan kenyataan tersebut, Chef Wan sekali lagi memberi komen balas terhadap video Nabil dan menganggap pengacara itu seperti tidak boleh ditegur dan egonya tinggi. – murai.my

murai.my berharap untuk tahun 2018, tida lagi isu artis berbalah antara satu sama lain. Industri hiburan di Malaysia terlalu kecil untuk berlakunya persengketaan sesama artis.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Sharnaaz Ahmad Main Teka-Teki dengan Jebat Jayden, Buatkan Netizen Terhibur!
chef wanElly Mazleinfasha sandhafattah aminFaye Kusairihans isaacnabil ahmadnora danishsaleemsharnaaz ahmadZizan Razak
https://lomp.at/vxpk8
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem