Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

by Phic ARMAN
October 4, 2026
Share on Facebook

Kalau anda ingat kisah Bella Astillah dan Syed Saddiq hanya akan berakhir pada hari akad nikah, nampaknya belum lagi. Astro bakal membawa perjalanan pasangan ini menerusi lapan episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, bermula 6 Oktober 2026.

Menariknya, setiap episod mempunyai cerita berbeza, daripada persiapan perkahwinan, detik akad nikah secara langsung, resepsi hinggalah kehidupan mereka selepas bergelar suami isteri.

Episod 1 & 2: Menanti Hari Bahagia

Dua episod pertama membuka cerita dengan latar belakang dan memori perkenalan Bella dan Syed Saddiq.

Penonton turut dibawa melihat persiapan menjelang hari nikah, termasuk detik pertunangan, majlis berinai, khatam al-Quran, busana serta persiapan keluarga.

Pendek kata, kalau anda suka tengok apa yang berlaku di sebalik tabir sebelum pengantin naik pelamin, ini bahagian yang jangan skip.

Episod 3: Penyatuan Dua Hati di Menara 118

Ini mungkin episod paling dinanti.

Pada 10 Oktober 2026, jam 9 pagi, penonton bakal menyaksikan secara langsung detik akad nikah Bella dan Syed Saddiq dari Merdeka 118.

Bukan sekadar lafaz akad, suasana majlis, keluarga dan tetamu istimewa turut dirakam sepanjang siaran dua jam tersebut.

Episod 4: Cinta Yang Diraikan

Selepas akad nikah, tibalah masa untuk meraikan pasangan ini sebagai suami isteri.

Episod keempat akan membawa penonton ke majlis resepsi di MITEC pada 18 Oktober, termasuk kemeriahan bersama keluarga, sahabat, rakan kerja dan tetamu kenamaan.

Topik Berkaitan Bella Astillah Kini Bergelar Duta Aptamil™ KID- "Bila Libatkan Anak, Saya Mahu..."

Episod 5 hingga 8: Lembaran Baharu

Empat episod terakhir mungkin paling menarik kerana kamera Astro tidak berhenti selepas majlis selesai.

Penonton akan melihat sisi Bella dan Syed Saddiq sebagai pasangan suami isteri, termasuk rutin harian, momen bersama keluarga dan anak-anak serta persiapan untuk bulan madu.

Lebih menarik, beberapa rakaman pernikahan dan resepsi yang sebelum ini tidak ditonton umum turut akan ditampilkan.

Jadi, ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’ bukan sekadar cerita tentang satu hari perkahwinan. Ia lebih kepada perjalanan daripada sebelum akad, hari bahagia hinggalah realiti selepas perkataan “sah” dilafazkan.

Dan ya, bahagian selepas kahwin itu biasanya yang paling menarik. Sebab masa itulah ‘honeymoon phase’ bertemu dengan realiti kehidupan sebenar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Bella Astillahsyed saddiq
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Formula 1
LifeXplore

Naikkan Semangat Perlumbaan Dengan STING X Formula 1®

by Nurul A.
September 30, 2026

Apakah bunyi Formula 1®? Bagi STING, ia adalah deruman yang penuh kelajuan, tenaga dan laungan ikonik “STINGGGGGG” yang cukup ikonik....

Read moreDetails
LifeXplore

JAECOO J5 EV Baru Sahaja Dilancarkan di Malaysia, Ini 5 Perkara Bakal Pemilik Perlu Tahu Sebelum Beli

by Phic ARMAN
September 4, 2026

Nak beralih daripada kereta petrol kepada EV tetapi masih tertanya-tanya, “Apa sebenarnya yang aku dapat?” Baru sahaja dilancarkan, JAECOO J5...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Kata Penganjur Selepas Pestapora Malaysia? Ini Harapan Buat Artis & Peminat

by Phic ARMAN
August 17, 2026

Apa yang berlaku selepas sesebuah festival berakhir? Bagi penganjur, mungkin ramai fikir semuanya selesai selepas lampu pentas dipadam dan peminat...

Read moreDetails
LifeXplore

Hotel Mewah Baharu Ini Bakal Buka Di KL, Ada 481 Bilik & Restoran Tertinggi!

by Phic ARMAN
August 13, 2026

Kalau anda sedang mencari hotel baharu untuk staycation atau percutian di Kuala Lumpur, nama Conrad Kuala Lumpur mungkin boleh masuk...

Read moreDetails
Foto - redBus
LifeXplore

Dari Kedah Hingga Sabah, Ini Makanan Yang Wajib Kamu Cuba Apabila Ke 6 Negeri Ini

by Nurul A.
August 7, 2026

Tanyakan sesiapa sahaja tentang apa yang perlu dimakan di negeri di Malaysia, dan kamu mungkin akan mendengar jawapan yang sama...

Read moreDetails
Disneyland Hong Kong
LifeXplore

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Hong Kong Tawar Pengalaman Menarik Menjelang Hujung Tahun

by Nurul A.
August 25, 2026

Bagi rakyat Malaysia yang ingin berehat seketika daripada cuaca panas, Hong Kong (HK) menawarkan pelbagai agenda untuk dikunjungi dalam beberapa...

Read moreDetails
LifeXplore

Danish Iftikhar Tempat Ke-8 Dunia, 3 Perkara Tentang Pelari Muda Ini Yang Wajib Tahu

by Phic ARMAN
August 7, 2026

Nama Danish Iftikhar Muhammad Roslee mungkin belum begitu familiar bagi semua orang, tetapi pelari pecut muda negara ini baru sahaja...

Read moreDetails
Munchy's Malaysia
LifeXplore

Sambut Ulang Tahun Ke-35, Munchy’s Sumbang RM500K Sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia

by Nurul A.
August 26, 2026

Jenama makanan ringan tempatan, Munchy’s Malaysia meraikan ulang tahunnya yang ke-35 dengan menyumbang produk bernilai RM500,000 sempena Sambutan Hari Kebangsaan...

Read moreDetails
Foto - The Ordinary
Kecantikan

Krim Mata The Ordinary Beri Perbezaan Ketara Pada Bahagian Mata Dalam 30 Minit?

by Nurul A.
September 12, 2026

Jenama penjagaan kulit dari Kanada, The Ordinary memperkenalkan Lacto-PDRN* 4%+B9 Eye Cream, iaitu krim mata yang direka untuk memberikan ketegasan...

Read moreDetails
LifeXplore

Travel Sempena Merdeka? Ini Tip AirAsia Supaya Tak Kelam-Kabut Di Airport

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, ramai yang mungkin sudah merancang untuk balik kampung atau bercuti bersama keluarga. Tapi kalau...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

  4. 4

    8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara