Bagi peminat setia filem Star Wars, pasti akan menanti sambungan dari ceritanya. Filem Star Wars Episode VIII ini akan diberi judul Star Wars: The Last Jedi bakal menemui penonton pada 14 Disember 2017 di Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana jalan cerita pada siri kali ini.

“Siapa itu The Last Jedi?” menjadi persoalan besar di kepala kita. Filem yang di arahkan oleh Rian Johnson ini memang selalu memjanjikan jalan cerita yang berbeza pada setiap sekuelnya.

Star Wars: The Last Jedi akan bercerita mengenai watak The Last Jedi yang masih penuh misteri. Setidak-tidaknya ada 3 calon penyandang gelaran ini: Yoda, Rey, dan Luke Skywalker. Siapakah yang akan terpilih ?

Star Wars: The Last Jedi..Luke Skywalker getting lightsaber from Rey..Photo: Lucasfilm Ltd. ..© 2017 Lucasfilm Ltd. All Rights Reserved.

Filem Star Wars: The Last Jedi ini memberikan banyak sekali teori-teori baru. Pada filem Star Wars: The Force Awakens yang lalu muncul Rey. Banyak yang berspekulasi, jika rey akan menjadi pengganti Skywalker dan menjadi Jedi terakhir. Banyak yang perosalan, siapakah Rey sebenarnya. Dia juga mewarisi darah seorang Jedi.

Star Wars: The Last Jedi..Kylo Ren (Adam Driver)..Photo: Lucasfilm Ltd. ..© 2017 Lucasfilm Ltd. All Rights Reserved.

Peminat Star Wars banyak yang berfikir jika rey merupakan anak perempuan dari Luke Skywalker. Jadi The Last Jedinya sebenarnya siapa? Rey, Yoda, atau Luke Skywalker. Masih menjadi pertanyaan besar. Kita tunggu sahaja sehingga filem ini ditayangkan pada 14 Disember 2017 nanti.

Tiket Wayang Untuk Dimenangi

Khas untuk anda yang ingin menonton filem ini bersama yang tersayang, murai.my bawakan beberapa tiket eksklusif untuk anda menangi ke Tayangan Perdana Filem Star Wars: The Last Jedi pada 13 Disember ini di GSC, Mid Valley.

IKLAN

Bukan itu sahaja, anda juga akan diberikan cenderamata Star Wars: The Last Jedi istimewa eksklusif dengan edisi terhad dari Disney seperti Topi, T-shirt, Mug dan lain-lain lagi.

Caranya hanya menjawab beberapa soalan mudah dan langkah mudah. Anda mungkin adalah pemenangnya.

Syarat Penyertaan

  • Like Facebook murai.my, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Kongsikan gambar watak Starwars pilihan anda di Instagram dan tag nama @HangatMalaysia
  • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif .
  • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 12 Disember 2017.
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di GSC Mid Valley pada 13 Disember 2017. 
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry