Hasrat mahu membuat kejutan di kejutan majlis sambutan hari lahir Wany Hasrita yang dianjurkan oleh kelab peminat penyanyi itu nampaknya seperti tidak kesampaian apabila kelab tersebut dikatakan telah mencetuskan kontroversi yang sedikit sebanyak melibatkan nama baik Wany. – murai.my

Tidak Professional

Kelab peminat Wany yang dikenali sebagai Wanynizer ingin memohon tajaaan barangan parti di majlis itu nanti . Akan tetapi dek kerana gaya bahasa yang digunakannya seperti tidak sesuai dan dilihat seperti kurang ajar, telah mencetuskan rasa tidak puas hati pada syarikat yang mereka mohon, BallonBar Enterprise. – murai.my

Bukan Ahli Kelab

murai.my difahamkan pihak BallonBar Enterprise pernah berurusan dengan pelakon popular Fattah Amin serta memperakui pihak Fattah lebih profesional. Terbaru, Wany menafikan mesej tular di laman sosial sejak semalam membabitkan peminat meminta tajaan bagi menjayakan sambutan ulangtahunnyar adalah jawatankuasa kelab peminatnya. Individu yang menghantar mesej kepada penaja dan dikatakan tidak beradab itu bukan daripada ahli jawatankuasa (AJK) kelab peminatnya, Wanyhasnizers.– murai.my

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry