Siapa yang tak kenal dengan pelakon kacak ini. Hairul Azreen bermula dengan dunia peragaan kemudian popular sebagai pelakon drama dan filem. Walaupun kini dia agak jarang muncul dengan drama baru, namun dia sedang sibuk menguruskan perniagaan yang diusahakan bersama isterinya, Hanis Zalikha. – murai.my 

Sempat berkongsi kisah lama 11 tahun dahulu, Hairul mengejutkan peminatnya menerusi gambar sedang cat jalan raya sekitar tahun 2006. – murai.my 

“Akhirnya jumpa juga gambar salah satu kerja yang pernah saya buat iaitu kerja cat jalan 2006. Saya punyalah malu tak nak ambil gambar masa tu ,takut kekasih tahu dia lari.”

IKLAN
View this post on Instagram

I love @toujoursadvanced

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Namun Hairul akui, walaupun malu tetapi dia agak menyesal tidak mengambil gambar ini untuk dijadikan kenangan. Gambar ini diperolehi dari majikannya yang bernama Imran Ihsan. – murai.my 

“Lepas tu menyesal kenapa la tak ambil gambar utk kenangan, maklom la hp nokia 3310 zaman tu , ini pun boss highway kesas saya yg amikkan abg Imran Ihsan 11 tahun dah.”

Menerusi artikel dari Mstar, Hairul mengakui isterinya adalah tulang belakang kepada kejayaannya pada hari ini kerana pengetahuan Haniz dalam bidang perniagaan banyak membantunya dalam membuat keputusan tepat. – murai.my 

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry