Jika kami dedahkan siapakah gerangan pengacara wanita yang juga pelakon popular pasti ramai yang mengetahuinya. Apatah lagi sejak kebelakangan ini, namanya sering kali menjadi paparan tajuk utama di dada akhbar dan media massa.

Bercinta Dengan Kerabat Diraja Utara

Menerusi khabar terbaru yang murai.my perolehi dari sumber yang boleh dipercayai, pengacara ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan kerabat diraja utara tanah air. Sebelum ini, pengacara ini bercinta dengan seorang pelakon lelaki namun terputus di tengah jalan.

Neelofa Pengacara Tersebut?

Dalam tinjauan lain, rata – rata portal dan akhbar hiburan telah memuat naik cerita mengenai Neelofa yang turut dikatakan bercinta dengan anak VIP dan Neelofa sendiri enggan memberi sebarang komen mengenai desas desus hubungan tersebut.

Bagaimana pula dengan berita yang kami terima? Adakah orang yang sama? Kami di murai.my punyai jawapannya dan biarlah pengacara tersebut mengumumkan hubungan mereka secara rasmi.