Baru-baru ini tular di media sosial mengenai gambaran Huawei yang dilengkapi 3 kamera di belakangnya. Berdasarkan maklumat yang tertiris, model tersebut berkemungkinan besar adalah P11.

Mempunyai ‘Notch’ Seperti iPhone X

Terkini satu lagi maklumat mengenai Huawei P11 telah tertiris dimana laman XDA Developer telah menemui petanda bahawa peranti yang dipercayai adalah Huawei P11 itu akan mempunyai takuk skrin(notch) seperti iPhone X.

Spesifikasi Huawei P11

Antara spesikifasi lain yang turut tertiris adalah ianya mungkin dilengkapi skrin 6.01″ dengan resolusi luar biasa 2244×1080 pixel. Kod di dalam firmware turut mempunyai kod yang mengukuhkan lagi kewujudan takuk kecil pada bahagian atas skrin.

Selain itu, P11 juga bakal hadir denga Face ID dimana Huawei telahpun memperlihatkan sistem seakan Face ID mereka ketika pelancaran Honor V10 baru-baru ini dan mendakwa 10 kali ganda lebih tepat berbanding Face ID. Huawei dijangka akan melancarkan model ini pada Februari tahun hadapan.

Sumber :  XDA Developers

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry